• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mercedes-Benz Kekal Jenama Premium Paling Laku Di Malaysia

Mercedes-Benz Kekal Jenama Premium Paling Laku Di Malaysia

April 25, 2017 By Abang GYL 1 Comment

FacebookTwitter

jualan Q1 Mercedes-Benz MalaysiaMERCEDES-Benz Malaysia (MBM) kekal menjadi jenama premium terlaris di Malaysia apabila mencatatkan penjualan sebanyak 2,945 unit kenderaan pada suku ertama (Q1) 2017.

Angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 11 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Daripada jumlah berkenaan, barisan model Mercedes-Benz C-Class merekodkan penjualan tetinggi dengan menyumbangkan sebanyak 1,083 unit. Ia diikuti dengan model E-Class yang mencatatkan penjualan sebanyak 610 unit.

jualan Q1 Mercedes-Benz MalaysiaModel kompak yang terdiri daripada A-Class, B-Class, GLA dan CLA merekodkan 434 unit. Manakala barisan model SUV pula menyumbang sebanyak 594 unit, naik 247 peratus berbanding tempoh sama pada 2016.

Selain itu, Mercedes-Benz Dream Cars turut mencatatkan penjualan sebanyak 93 unit.

BACA >>> Jentera Baharu F1, Mercedes-AMG W08 EQ Power+ Siap Sedia Pertahan Kejuaraan

BACA >>> Bosan Warna Cerah? Mercedes-Benz S-Class Coupe Black Edition Mungkin Sesuai Buat Anda

jualan Q1 Mercedes-Benz Malaysia
jualan Q1 Mercedes-Benz Malaysia

YAKIN MAMPU LEBIH BERKEMBANG

Bagi memastikan MBM terus berkembang, syarikat berkenaan bakal memberi fokus kepada perkhidmatan selepas jualan, penambahan lebih banyak pengedar baharu dan memperkenalkan beberapa produk baharu.

mercedes-Benz MalaysiaMODEL BAHARU

Sepanjang tahun ini, MBM bakal memperkenalkan dua model baharu. Ia melibatkan 14 varian, empat model edisi terhad dan satu facelift.

Yang pasti, 2017 bakal menjadi tahun mencabar buat MBM susulan pencapaian memberansangkan pada tahun lalu.

Selamat berjaya MBM!

BACA >>> Mercedes-Benz E-Class Raih Lebih 5 Bintang Euro NCAP, Tetapi Masih Bukan Terbaik

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: A-Class, B-Class, CLA, E-Class, GLA, Jualan Mercedes-Benz Malaysia, jualan Q1 Mercedes-Benz Malaysia, MBM, Mercedes-Benz C-Class, Mercedes-Benz Dream Cars, Mercedes-Benz Malaysia, model baru mercedes

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev