• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Vogue Motorsport Buka Premis Perkhidmatan Tayar Bridgestone Premium di Subang Jaya

Vogue Motorsport Buka Premis Perkhidmatan Tayar Bridgestone Premium di Subang Jaya

March 19, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


BRIDGESTONE Tyre Sales (Malaysia) Sdn Bhd membuka gedung inovatif terbaharu, Bridgestone Premium dengan kerjasama Vogue Motorsports Sdn Bhd.

Berlokasi di No 19, Jalan USJ 19/4, 47630 Subang Jaya, Selangor, premis ini menawarkan pilihan kepada pemandu yang mencari tayar berkualiti tinggi dan servis kenderaan dalam persekitaran selesa.

Selain perkhidmatan menukar tayar kereta penumpang hingga kenderaan prestasi, Bridgestone Premium turut mensasarkan menyediakan penyelesaian menyeluruh bagi keperluan pemanduan.

Pengarah Urusan Bridgestone Malaysia, Michael Chung berkata, pembukaan Bridgestone Premium mewakili detik penting komitmen Bridgestone dalam memberikan pengalaman pengguna luar biasa dengan meningkatkan pengalaman pemanduan menerusi tayar berkualiti premium, dan menetapkan standard baharu kecemerlangan automotif.

Pengarah Vogue Motorsports Sdn Bhd, Terrance Tee pula melahirkan keterujaan bekerjasama dengan Bridgestone menerusi pelancaran Bridgestone Premium sebagai satu pencapaian luar biasa.

Sempena pembukaan Bridgestone Premium baharu itu, Vogue Motorsports Sdn Bhd menawarkan promosi jualan eksklusif bermula 18 Mac hingga 30 April depan yang mana pelanggan akan menerima kad petrol percuma bernilai RM120 apabila membeli empat tayar Bridgestone saiz 17 inci ke atas untuk kereta penumpang, kenderaan utiliti sukan (SUV), kenderaan pelbagai guna (MPV) dan trak pikap (4x4) dalam satu resit sementara stok masih ada.

Jom rebut peluang luar biasa ini untuk pengalaman pemanduan terbaik dengan menikmati penjimatan hebat!

Vogue Motorsports (Interior)
Waiting area
bridgestone-premium-subang-jaya-2
bridgestone-premium-subang-jaya-1
bridgestone-premium-subang-jaya-3

 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Auto Terkini Tagged With: aksesori, Auto Terkini, Bridgestone Premium, Bridgestone Tyre Sales (M) Sdn. Bhd, Roda4, Vogue Motorsports Sdn Bhd

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev