• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Buat Bisnes Sewa EV Tesla Tak Laku, CEO Hertz Letak Jawatan

Buat Bisnes Sewa EV Tesla Tak Laku, CEO Hertz Letak Jawatan

March 18, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SYARIKAT penyedia khidmat sewaan kenderaan, Hertz mengumumkan pelantikan Gil West sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu berkuat kuasa 1 April 2024.

West akan menggantikan CEO semasa, Stephen Scherr (foto atas) yang memutuskan mengundur diri daripada syarikat dan barisan lembaga pengarah.

Penukaran kepimpinan itu dibuat ketika Hertz bergelut masalah kos baik pulih kenderaan elektrik (EV) yang tinggi selain permintaan rendah untuk sewaan EV.

Setahun selepas bangkit daripada muflis pada 2020, Hertz mengumumkan rancangan mengubah bisnes sewaan kenderaan dengan membeli 100,000 unit Tesla. Antara kenyataan dikongsi Hertz ketika itu adalah;

Hertz yang serba baharu ini akan mendahului sebagai syarikat mobiliti, bermula flit sewaan EV terbesar di Amerika Utara."

Scherr hanya menyertai Hertz selepas keputusan itu dibuat, tetapi menambah lagi risiko menerusi tempahan EV baharu daripada Polestar dan GM.

Syarikat itu juga tidak membeli produk EV seperti diumumkan sebelum ini, tetapi kira-kira 60,000 unit daripada tiga pengeluar berkenaan: Tesla, Polestar dan GM.

Harapan Hertz untuk meluaskan segmen sewaan EV nyata gagal kerana situasi bertukar buruk apabila Tesla menawarkan potongan harga drastik untuk Model 3 dan Model Y yang memberi impak terhadap harga jualan EV terpakai.

Hertz mengakui kos baik pulih kenderaan Tesla adalah mahal yang membuatkan jenama itu kurang diminati kumpulan penyewa. Akibatnya, firma itu memutuskan melupuskan kira-kira 20,000 EV miliknya.

SUMBER: Reuters

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: autoterkini, Gil West, Hertz, Kenderaan Elektrik, Roda4, Stephen Scherr

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my