JAECOO Malaysia kini mengadakan pameran bergerak di beberapa bandar utama sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Johor untuk membolehkan orang ramai melihat sendiri model J7 lebih dekat.
Jaecoo J7 ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) premium yang akan diperkenalkan penggal pertama tahun ini dan dijangka memberi saingan sengit kepada model SUV segmen-C lain di pasaran.
Lokasi Pusat JAECOO Premiere Experience
- Desa Park City, Kuala Lumpur: 7 hingga 17 Mac 2024
- Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur: 19 hingga 23 Mac 2024
- One Utama, Petaling Jaya: 10 hingga 14 April 2024
- Mid Valley, Kuala Lumpur: 25 hingga 28 April 2024
- Paradigm Mall, Johor Bahru: 15 hingga 19 Mei 2024
* Pameran dibuka seawal jam 10 pagi hingga 10 malam
Naib Presiden Jaecoo Malaysia, Emily Lek ketika berucap dalam majlis iftar bersama wakil media berkata;
Pelancaran Jaecoo tepat pada masa, seiring permintaan yang semakin bertambah bagi SUV di Malaysia. Kami percaya Jaecoo berada di kedudukan kukuh untuk menjadi pencabar utama dalam segmen pasaran SUV segmen-C berdasarkan sambutan positif ditunjukkan bakal pelanggan.”
Presiden Jaecoo Malaysia, Leo Chen pula berkata, jenama itu mendapat sambutan positif dari pasaran. Beliau berkata;
Jaecoo semakin mendapat perhatian di Malaysia. Kami percaya jenama Jaecoo memenuhi kehendak golongan peneraju di Malaysia yang sedang meningkat naik dalam kerjaya dan menggemari gaya hidup aktif.
"Kami faham mereka menghargai kenderaan yang cemerlang mengharungi sebarang jenis permukaan jalan, dengan pengalaman pemanduan lasak yang mengagumkan. Sememangnya inilah pengalaman yang kami janjikan kepada mereka.”
Leave a Reply