• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Hyundai ST1 Siap Sedia Uji Pasaran Kenderaan Komersial EV

Hyundai ST1 Siap Sedia Uji Pasaran Kenderaan Komersial EV

April 16, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


DARI depan jelas kelihatan seperti Hyundai Staria yang dipasangkan kotak kargo di belakang. Van ini ialah platform perniagaan elektrik baharu daripada Hyundai Motor Company (HMC) yang diberikan nama ST1.

Dibangunkan sebagai model chassis cab, Hyundai ST1 boleh dipasang pelbagai jenis badan di belakang.

Rancangan HMC adalah meluaskan model elektrik daripada model penumpang kepada perdagangan bagi meningkatkan jualan dan mengukuhkan kedudukan dalam pasaran kenderaan elektrik (EV).

Van besar begini dengan kuasa elektrik sudah ada di Eropah, misalnya Mercedes-Benz eSprinter, Renault Master E-Tech dan Nissan Interstar-e. ST1 merujuk kepada Service Type 1 dengan nombor '1' sebagai tanda model pertama dalam siri 'ST'.

Bahagian luaran ST1 direka bagi meningkatkan keselamatan dan praktikaliti sebagai kenderaan perniagaan. Bonet jenis separa bertindak sebagai ruang penampan jika berlaku kemalangan.

Braket hitam diletakkan pada bahagian kerap tercalar seperti sisi badan dan pintu dua bukaan belakang.

Jarak tinggi bumi dikurangkan bagi memudahkan kerja memunggah naik dan turun barang. Di atas bumbung, kabin dipasang satu lagi bumbung atau spoiler bagi melancarkan laluan angin.

Sebagai permulaan, HMC membangunkan model kargo dan penyejukan dulu. Sejak awal pembangunan, HMC berhubung rapat dengan syarikat pengedar bagi mendalami keperluan sebenar pelanggan.

Model contoh yang sedang dalam pembangunan ditempatkan di perniagaan pelanggan bagi menghasilkan kenderaan yang bersesuaian untuk khidmat logistik dan penghantaran.

Hyundai bakal berkongsi lebih banyak maklumat termasuk harga pada enam bulan pertama 2024 dan menawarkan ST1 Cargo dan Cargo Refrigeration di Korea dahulu.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: hyundai, Hyundai Motor Company (HMC), Hyundai ST1, HYUNDAI staria, Kenderaan Komersial EV, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my