• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Tahan Tiga 'Awek Melaka' Pamer Aksi 'Superman' di Lebuhraya PLUS

Polis Tahan Tiga 'Awek Melaka' Pamer Aksi 'Superman' di Lebuhraya PLUS

March 14, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


POLIS menahan tiga remaja perempuan yang dirakam melakukan aksi 'Superman' di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dekat Melaka berikutan tular satu klip video di laman X, baru-baru ini.

Menurut polis, ketiga-tiga suspek itu, yang didakwa ahli kelab motosikal 'Awek Melaka', dilihat melakukan aksi lagak ngeri ketika pulang berkonvoi selepas menjamu selera di Selangor.

Tiga gadis berumur 16 hingga 18 tahun itu ditahan sekitar Melaka, semalam, dan polis turut menyita tiga supermoped Yamaha Y15ZR yang digunakan dalam aksi berbahaya tersebut.

Siasatan polis mendapati ketiga-tiga remaja itu beraksi sedemikian pada Ahad lalu, kira-kira jam 5.30 petang dalam perjalanan pulang ke Melaka dari sebuah kedai makan di Serdang, Selangor.

Suspek difahamkan menjadikan lebuh raya sebagai tempat menunjukkan aksi berbahaya kerana terpengaruh satu sama lain. Polis turut mengeluarkan tujuh saman atas pelbagai kesalahan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Aksi 'Superman', Auto Terkini, Awek Melaka, Lumba Haram, Polis Melaka, roda2, superman, Yamaha Y15ZR

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev