• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Malaysia Dedah Hala Tuju, Strategi Bisnes 2024

Honda Malaysia Dedah Hala Tuju, Strategi Bisnes 2024

March 14, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


HONDA Malaysia mengumumkan hala tuju perniagaan tahun 2024 dengan nada positif iaitu mereka berhasrat mencapai sasaran jualan tahun ini sebanyak 95,000 unit kenderaan dengan 12.8 peratus pegangan pasaran.

Rancangan stragetik yang disusun Honda Malaysia turut menyenaraikan pelancaran dua model baharu untuk tahun ini dan syarikat bersedia menempuh momentum dan landskap automotif yang sentiasa berubah.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura mengakui tahun '2024 akan terus menjadi tahun yang mencabar untuk industri automotif'.

PENCAPAIAN TAHUN 2023

  • Mengekalkan kedudukan nombor satu dalam segmen kenderaan bukan nasional untuk kali ke-10 berturut-turut sejak 2014.
  • Mancapai sasaran 2023 ditetapkan iaitu jualan 80,000 unit meskipun dibelenggu pelbagai cabaran.
  • Pengenalan model Honda WR-V, City dan CR-V Serba Baharu yang mendapat sambutan positif dari pasaran.
  • Teknologi e:HEV menyumbang sebanyak 28 peratus daripada keseluruhan jualan hibrid di Malaysia.

APA RANCANGAN 2024?

Honda Malaysia mahu terus mengembangkan teknologi e:HEV di pasaran tempatan. Gabungan sistem hibrid dwi-motor pada barisan model Honda menawarkan pilihan lebih baik, menarik, cekap penggunaan bahan api, seronok dipandu serta mampu memenuhi keperluan pelanggan.

Honda Malaysia akan melancarkan pelbagai aktiviti perniagaan untuk meningkatkan momentum jualan termasuk menambah baik aktiviti berpotensi, meluaskan kempen kerjasama jualan dan mempromosi manfaat pelan insurans Honda Insurance Plus (HiP).

Syarikat juga akan terus menekankan dan mengembangkan aplikasi pintar HondaTouch yang memberi banyak manfaat kepada pelanggan termasuk akses maklumat servis kenderaan, bantuan kenderaan dan naik taraf di hujung jari anda.

Honda Malaysia akan memperluaskan rangkaian Honda Certified Used Car (HCUC) kepada 32 hab jualan di seluruh negara. Pelanggan akan mendapat akses platform yang boleh dipercayai untuk pembelian kereta Honda terpakai yang disahkan atau menjual semula kereta mereka dengan lebih yakin.

Satu kempen khas akan diadakan di semua 32 hab jualan bermula 16 hingga 18 Mac 2024 untuk meningkatkan kesedaran tentang rancangan peluasan perniagaan itu. Kempen itu akan menyediakan pelbagai aktiviti menarik dan rebat bernilai sehingga RM1,000 kepada pelanggan (tertakluk kepada terma dan syarat)

Aspek perkhidmatan selepas jualan pula akan menyaksikan Honda Malaysia melakukan transformasi dan naik taraf pusat servis Honda kepada pusat sehenti demi kemudahan terbaik kepada pelanggan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Hironobu Yoshimura, Honda Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev