• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Gadis 16 Tahun Ditahan Cuba Seludup Petrol Bersubsidi di Kelantan

Gadis 16 Tahun Ditahan Cuba Seludup Petrol Bersubsidi di Kelantan

March 14, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG gadis berusia 16 tahun ditahan pihak berkuasa kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti penyeludupan petrol bersubsidi di Kelantan awal minggu ini.

Anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Kelantan menahan gadis itu di sebuah stesen minyak di Kampung Telaga Bata, Pengkalan Kubor di Tumpat, Kelantan.

Remaja perempuan yang tidak lagi bersekolah dipercayai diupah satu sindiket penyeludup. Dia ditahan kira-kira jam 12.40 tengah hari semasa sedang leka membuat isian minyak petrol ke dalam kereta jenis Perodua Kenari.

Pada awalnya, anggota penguat kuasa KPDN mengesan Perodua Kenari dipandu remaja perempuan itu membuat isian petrol berulang kali di beberapa stesen minyak di sekitar daerah Tumpat.

Pemeriksaan dilakukan membawa kepada penemuan sejumlah petrol dalam kenderaan yang dipercayai akan dibawa ke pangkalan haram (Pengkalan Kubor) untuk diselewengkan.

Semasa disoal siasat, alasan diberi remaja perempuan itu ialah dia terpaksa melakukan kerja penyelewengan petrol kerana berdepan kekangan ekonomi.

KPDN juga menyatakan hasil risikan mereka mendapati sindiket penyeludup akan membuat pembayaran antara RM30 hingga RM50 untuk sekali transaksi pengisian petrol.

Dalam Ops Khas Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan sama, KPDN Kelantan turut merampas 250 liter petrol dan mengenakan tindakan sitaan ke atas dua kenderaan lain jenis Proton Iswara dan Kenari.

Bagaimanapun, pemandu Kenari iaitu lelaki tempatan berumur 33 tahun ditahan manakala pemandu Iswara sempat cabut lari. Kenderaan yang digunakan itu menggunakan tangki minyak yang diubah suai.

JUMLAH RAMPASAN PETROL, SITA KENDERAAN

  • 9 pagi: Proton Iswara dengan 100 liter petrol
  • 10 pagi: Perodua Kenari dengan 150 liter petrol
  • 12.40 tengah hari: Perodua Kenari dengan 75 liter petrol

KPDN turut mengambil tindakan terhadap sebuah stesen minyak di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Jumlah rampasan minyak petrol bersubsidi dalam ops tersebut ialah anggaran 325 liter.

SUMBER: Harian Metro | KPDN KELANTAN

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Kelantan, Ops Khas Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan, Roda4, Seludup petrol bersubsidi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev