• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lebih 49 Jenama Automotif Sertai Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) ke-45

Lebih 49 Jenama Automotif Sertai Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) ke-45

March 13, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


LEBIH 49 jenama automotif utama dunia dari Eropah hingga Vietnam sudah mengesahkan penyertaan dalam Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) ke-45 di Pusat Pameran dan Konvensyen IMPACT Muang Thong Thani di Nonthaburi, Thailand.

Jumlah penyertaan itu menggambarkan petunjuk positif mengenai kebangkitan semula pasaran Thailand selepas terkesan akibat krisis pandemik Covid-19. Laporan menyatakan ada 20 model baharu bakal dilancarkan sempena BIMS tahun ini.

Prachin Eamlumnow
Jaturont Komolmis

Pameran tahunan itu dianjurkan firma Grand Prix Company International Public Company Limited (Grand Prix International). Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Grand Prix International, yang juga Pengerusi BIMS ke-45, Prachin Eamlumnow berkata;

Kita sudah pertingkat keluasan ruang pameran kepada IMPACT Forum Hall-4, meliputi keluasan dalaman ruang pameran  hingga  76,000 meter persegi berbanding 60,000 meter persegi sebelum ini, dengan pelaburan lebih 300 juta baht (RM39.3 juta) untuk acara ini."

Naib Pengerusi BIMS ke-45, yang juga Ketua Pegawai Operasi (COO) Grand Prix International, Jaturont Komolmis pula berkata, antara model dipamerkan ialah kereta hiper konsep seperti Mercedes-Benz Vision ONE-ELEVEN dan Nissan Hyper Tourer Concept selain pelancaran kira-kira 20 model baharu lain.

PERINCIAN BIMS 2024

  • Lokasi: Challenger Buildings 1-3 dan IMPACT Forum Hall 4 di IMPACT Muang Thong Thani.
  • Tema: 'The Mobility of Joyful Experiences'
  • Maklumat lanjut boleh layari laman web www.motorshow.in.th

VIP, MEDIA

  • 25 Mac 2024 (Isnin): Khas tetamu VIP dan jemputan istimewa (12 tengah hari-8 malam)
  • 25-26 Mac 2024 (Isnin-Selasa): Khas pengamal media

ORANG AWAM

  • Pintu pameran dibuka kepada orang awam selama 12 hari, bermula 27 Mac hingga 7 April 2024.
  • Waktu operasi ialah hari bekerja bermula jam 12 tengah hari - 10 malam. Bagaimanapun, pelawat boleh masuk lebih awal pada Sabtu dan Ahad, jam 11 pagi -10 malam.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Covid-19, Grand Prix Company International Public Company Limited (Grand Prix International), IMPACT Muang Thong Thani, Jaturont Komolmis, Mercedes-Benz Vision ONE-ELEVEN, Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) ke-45

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev