SEORANG pemandu trak tunda maut apabila kenderaan dipandu terbabas dan melanggar tiang papan tanda di KM58.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan, di Kluang, Johor, semalam.
Kemalangan jam 1.30 petang itu berlaku berhampiran laluan Simpang Renggam ke Sedenak, Kluang Johor dan menyebabkan semua jalan arah utara ditutup, manakala semua jalan arah selatan terhalang.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kemalangan itu menyebabkan mangsa, Pele Pressly, 44, berasal dari Tenom, Sabah parah kepala dan badan sebelum disahkan anggota paramedik meninggal dunia di tempat kejadian.
Siasatan awal mendapati trak jenis Volvo dipandu mangsa datang dari arah Kuala Lumpur menghala ke Johor Bahru.
Di tempat kejadian, kenderaan mangsa hilang kawalan hingga terbabas melanggar tiang papan tanda di tengah pembahagi jalan. Kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
SUMBER: SinarHarian
Leave a Reply