• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Jenama Baru Geely - Lynk & Co Keluar Model Pertama Tahun Ini, Sasarkan Profesional Muda

Jenama Baru Geely - Lynk & Co Keluar Model Pertama Tahun Ini, Sasarkan Profesional Muda

May 3, 2017 By Abang Hirata 2 Comments

228
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DI MANAKAH kehebatan Geely yang kini menjadi antara syarikat yang sedang dipertimbangkan sebagai rakan teknikal asing Proton? Pertama, syarikat itu memiliki sumber kewangan kukuh seperti yang pernah dilaburkan untuk Volvo. Kedua, semestinya gergasi automotif China itu kini syarikat induk atau pemilik Volvo. Ketiga, Geely dan Volvo kini baru saja mengeluarkan jenama baru dipanggil Lynk & Co.

Lynk & Co tidak beroperasi seperti kebanyakan pengeluar lain kerana model bisnes syarikat itu adalah menawarkan mobiliti kepada pengguna tanpa terlalu bergantung kepada orang tengah seperti pesanan kereta melalui internet, pajakan dan juga khidmat servis ambil dari rumah atau lokasi pilihan.

Pada Pameran Motor Antarabangsa Shanghai (SIMS) 2017, Geely Auto Group melancarkan sedan 03 Concept dan model 01 yang mirip kepada model pengeluaran umum. Lynk & Co juga syarikat yang komited dalam hal dunia tanpa sempadan apabila dijangka menjadi pengeluar automotif pertama dunia yang akan menawarkan data percuma untuk lalu lintas, termasuk menjadikan ia sebagai ciri standard kenderaan.

Bukan sahaja data lalu lintas percuma, Lynk & Co juga mahu menawarkan waranti seumur hidup bagi setiap produk mereka. Maklumat lanjut mengenai tawaran Lynk & Co akan didedahkan lebih lanjut semasa jualan model 01 pada suku keempat tahun ini di China, sebelum melebarkan pengaruh ke Eropah dan Amerika Syarikat (AS) pada 2019.

GALERI

Lynk & Co 01 dan 03 2017.01
Lynk & Co 01 dan 03 2017.02
Lynk & Co 01 dan 03 2017.05
Lynk & Co 01 dan 03 2017.03
Lynk & Co 01 dan 03 2017.06
Lynk & Co 01 dan 03 2017.04

Related

228
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Geely, Lynk & Co, Lynk & Co 01, Lynk & Co 03 Concept, Pameran Motor Antarabangsa Shanghai (SIMS) 2017, Roda4, SIMS 2017

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev