• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kos Hasilkan Kenderaan EV Akan Jadi Lebih Murah Tapi......

Kos Hasilkan Kenderaan EV Akan Jadi Lebih Murah Tapi......

March 12, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


KOS purata pembuatan kenderaan elektrik berasaskan bateri (BEV) dijangka lebih murah berbanding penghasilan kenderaan menggunakan trenkuasa pembakaran dalaman (ICE) menjelang tahun 2027.

Firma penyelidikan pasaran, Gartner menjelaskan perkara itu disebabkan metod baharu pengeluaran kenderaan yang akan mengurangkan kos pembuatan.

Malah Gartner menjangkakan kos pembuatan akan menurun lebih pantas kalau dibandingkan kos bateri EV. Secara umumnya, bateri EV ialah komponen paling mahal dalam sesebuah kenderaan EV dan merangkumi kira-kira 40 peratus harga kenderaan.

Analisis Gartner mengambil kira 'inovasi-inovasi yang dapat mengurangkan kos pengeluaran seperti arkitektur pemusatan kenderaan atau pengenalan tempaan berskala besar (gigacasting) yang menurunkan kos serta masa pembuatan'.

Gigapress adalah mesin tempaan besar yang digunakan Tesla. Ini membolehkan pengeluar kenderaan menghasilkan bahagian bawah kenderaan ( bersaiz besar tetapi tunggal), menyeragamkan pengeluaran dan mengurangkan tugasan robot.

LEBIH MURAH TAPI KOS BAIK PULIH TINGGI

Naib Presiden Penyelidikan Gartner, Pedro Pacheco berkata:

Ini (teknologi baharu) bermaksud kos (pembuatan) BEV akan menyamai kos ICE pada kadar lebih cepat berbanding apa yang dijangka sebelum ini.

"Tetapi pada masa sama, ia akan mengakibatkan beberapa kerja baik pulih BEV lebih mahal."

Firma penyelidikan itu menjangka purata kos baik pulih badan kenderaan EV dan bateri yang terlibat dalam kemalangan teruk akan naik 30 peratus menjelang 2027.

Ini menyebabkan kenderaan EV yang terlibat kemalangan teruk lebih mudah diklasifikasikan sebagai total write-off (total lost: kos baik pulih lagi tinggi berbanding harga semasa kenderaan).

Bukan itu sahaja, kos premium insurans juga dijangka lebih mahal dan akan ada syarikat insurans enggan menanggung beberapa model EV kelak.

Gartner menyatakan perkara itu juga memberi kesan terhadap respons konsumer terhadap kenderaan EV. Umum diketahui, ramai pengguna teragak-agak membeli kenderaan EV kerana bimbang dengan kos baik pulih tinggi selain had jarak pemanduan.

LEBIH BANYAK SYARIKAT EV MUFLIS?

Lebih mengejutkan, Gartner juga menjangkakan kira-kira 15 peratus syarikat EV yang didirikan sedekad lalu akan diambil alih firma lain atau bangkrap menjelang tahun 2027.

Pacheco berkata:

Ini bukan bermaksud segmen EV semakin merosot. Ia cuma memasuki fasa baharu dimana produk dengan servis terbaik akan mendahului produk lain."

SUMBER: Gartner | Reuters

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Gartner, Harga kenderaan EV murah, Kenderaan Elektrik, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my