• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Seksyen 11 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) Percuma Dua Bulan, Mula Tengah Malam ini

Seksyen 11 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) Percuma Dua Bulan, Mula Tengah Malam ini

March 11, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


LEBUHRAYA Pesisiran Pantai Barat (WCE) boleh digunakan percuma selama dua bulan bermula 12 tengah malam ini hingga 11 Mei depan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, lebuh raya itu percuma sempena menyambut Ramadan dan musim perayaan bulan depan.

Menurutnya, Seksyen 11 itu kini melengkapkan keseluruhan jajaran WCE di Perak melibatkan empat jajaran iaitu Seksyen 8, Seksyen 9, Seksyen 10 dan Seksyen 11.

Pihak Kementerian Kerja Raya berterima kasih kepada pihak konsesi WCE serta Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) atas pemberian tol percuma selama dua bulan mulai 12.01 tengah malam ini sehingga 11 Mei sempena menyambut Ramadan dan Aidilfitri. Malahan ini juga merupakan permintaan daripada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad."

Laluan WCE Seksyen 11 yang dibuka kali ini membabitkan jajaran 35.5km dengan kos RM422 juta menghubungkan pengguna dengan Lebuh Raya Utara Selatan di Plaza Tol Changkat Jering ke Beruas.

Laluan itu dapat menjimatkan masa perjalanan dari Changkat Jering ke Beruas kepada 20 minit berbanding 55 minit dengan laluan sedia ada.

default
default
default
default
default
default
default
seksyen-11-wce-buka-8
seksyen-11-wce-buka-7
seksyen-11-wce-buka-6
seksyen-11-wce-buka-5
seksyen-11-wce-buka-4
seksyen-11-wce-buka-3
seksyen-11-wce-buka-2
seksyen-11-wce-buka-1
seksyen-11-wce-buka-bg

SUMBER: FB AlexanderNantaLinggi

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Datuk Seri Saarani Mohamad, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE), West Coast Expressway

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev