• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Brembo Labur RM205j untuk Buka Kilang Pengeluaran Baharu di Thailand

Brembo Labur RM205j untuk Buka Kilang Pengeluaran Baharu di Thailand

March 8, 2024 By Shawkath Leave a Comment

73
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BREMBO membuka kilang pengeluaran pertama di Thailand yang melibatkan jumlah pelaburan kira-kira 40 juta Euro (RM205.4 juta) sebagai satu strategi perniagaan dan peluang pengembangan baharu di rantau Asia Tenggara.

Kilang baharu itu akan menghasilkan sistem dan komponen brek untuk pengeluar-pengeluar motosikal di Thailand, bermula dengan pengeluar berjenama Eropah dan Amerika Syarikat (AS).

Fasiliti terbaharu itu dibangunkan di hab industri motosikal Thailand iaitu di wilayah Rayong arah selatan Bangkok. Sebaik memulaka operasi sepenuhnya, kilang Brembo itu akan menyediakan kira-kira 150 peluang pekerjaan baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif Brembo, Daniele Schillaci berkata:

Pembukaan kilang pengeluaran baharu di Thailand adalah langkah penting dalam strategi pengembangan global kami. Kami mengukuhkan kedudukan dalam segmen utama dua roda dan peranan Brembo sebagai pembekal solusi untuk pelanggan yang beroperasi di negara itu. Dengan pelaburan ini, kami membuka langkah untuk mengembangkan bisnes kelak di rantau ASEAN."

Majlis pecah tanah pembinaan kilang baharu itu dibuat pada 16 Februari lalu dan fasiliti itu dijangka beroperasi bermula suku pertama tahun 2025.

Kilang dengan keluasan 17,000 meter persegi itu akan didirikan di atas tanah berkeluasan 40,000 meter persegi dan boleh dikembangkan kepada 95,000 meter persegi pada masa akan datang.

Brembo sudah mengambil alih SBS Friction di Denmark dan J.Juan di Sepanyol antara tahun 2020 dan 2021. Ini membolehkan Brembo menawarkan rangkaian produk untuk segmen roda dua. Bisnes komponen motosikal menyumbang kira-kira 13 peratus daripada hasil pendapatan keseluruhan Brembo.

SUMBER: Brembo

Related

73
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Brembo buka kilang Thailand, Daniele Schillaci, J.Juan, roda2, SBS Friction

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my