• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Laluan CSR: Seksyen 5A Raub Bypass Buka Malam ini

Laluan CSR: Seksyen 5A Raub Bypass Buka Malam ini

March 7, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


SEBAHAGIAN laluan Center Spine Road (CSR) atau Lingkaran Tengah Utama (LTU) di Seksyen 5A: Raub Bypass bakal dibuka 12.01 tengah malam ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pembukaan jajaran ini mampu memberi manfaat dan dapat memendekkan masa perjalanan dari Lebuhraya Pantai Timur (LPT) ke Kuala Lipis tanpa melalui bandar Bentong dan Raub dengan jarak perjalanan 45.3km dengan masa cuma 30 minit.

"Ia dapat menjimatkan masa sehingga dua jam berbanding jalan sedia ada yang terpaksa melalui bandar Bentong dan Raub. Malah kami mengharapkan dapat mengurangkan risiko jalan raya kerana simpang jalan yang dibuka dilengkapi lampu isyarat," kata Nanta.

Selain menjimatkan kos perjalanan, laluan tersebut juga mampu mengurangkan kesesakan trafik di jalan persekutuan sedia ada, terutama pada waktu puncak dan musim perayaan serta cuti sekolah.

Jarak Seksyen 5A: Raub Bypass adalah 9.6km dan pembukaan laluan sepanjang 6.4km tengah malam ini termasuk 600 meter yang sudah dibuka 25 Jun tahun lalu, menjadikan jumlah jajaran sudah dibuka adalah sepanjang 7km, manakala baki 2.6km lagi dijadualkan siap Jun 2024.

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Center Spine Road, Laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU), Lebuhraya CSR, Seksyen 5A: Raub Bypass

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev