PROTON mencatat jualan sebanyak 13,602 unit kenderaan (tempatan dan eksport) sepanjang Februari 2024, lebih tinggi berbanding prestasi bulan Januari lalu.
Jumlah jualan untuk dua bulan pertama 2024 itu mencerminkan kenaikan 3 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Berikut ialah prestasi jualan mengikut model untuk bulan Januari dan Februari.
- Jika melihat pada prestasi jualan Proton untuk tahun 2024, model Saga merupakan model kenderaan paling laris dan Februari merupakan bulan kelima jualan Saga melebihi paras 6,000 unit sebulan.
- Sedan segmen C terbaharu Proton S70 pula menyaksikan kenaikan jualan 60.5 peratus pada bulan lalu berbanding Januari 2024. Model ini juga dijangka mencatat peningkatan tempahan lebih tinggi menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.
- Dua model lama Proton iaitu Persona dan Iriz masih mencatat kenaikan jualan. Jualan Exora menjunam sepanjang bulan lalu disebabkan model tersebut sudah ditamatkan pengeluaran.
- Perlu diingatkan, Proton juga mencatat pertumbuhan eksport sebanyak 346 unit sepanjang bulan lalu iaitu naik 223 peratus berbanding Januari 2024. Jumlah eksport terkumpul ialah 453 unit.
Leave a Reply