• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jorge Lorenzo, Andrea Dovizioso Jadi Duta Kereta Sepanyol - SEAT

Jorge Lorenzo, Andrea Dovizioso Jadi Duta Kereta Sepanyol - SEAT

April 26, 2017 By Abang Hirata 1 Comment

FacebookTwitter


DUA penunggang pasukan Ducati, Jorge Lorenzo dan Andrea Dovizioso dilantik sebagai duta kepada pengeluar automotif Sepanyol, SEAT sepanjang musim MotoGP tahun ini. Tajaan itu dilihat sebagai gabungan dua negara, di mana Lorenzo dan SEAT berasal dari Sepanyol, manakala Dovizioso dan Ducati pula dari Itali.

Lorenzo dilahirkan di Palma de Mallorca, Sepanyol pada 1987 dan pernah menjadi juara MotoGP (3 kali) dan juara 250cc (2 kali). Dovizioso pula dilahirkan di Forlimpopoli, Itali pada 1986 dan pernah menjuarai kategori 125cc dan tempat ketiga MotoGP 2011.

Kedua-dua penunggang itu akan menjadi ikon kepada SEAT Leon CUPRA, iaitu model paling berkuasa pernah dihasilkan dalam sejarah pengeluar itu.

KERJASAMA LANJUTAN

Sebenarnya, kerjasama terbaru itu adalah tambahan kepada perjanjian sedia ada, di mana Leon CUPRA sebelum ini dijadikan kereta rasmi untuk pasukan Ducati dalam MotoGP. Perjanjian tersebut juga melibatkan penampilan logo SEAT pada bahagian depan motosikal, sut lumba penunggang dan juga uniform rasmi pasukan.

Lorenzo dan Dovizioso bakal memandu SEAT Leon CUPRA yang dikuasakan enjin 300hp dan mampu memecut 0-100kmj sepantas 4.9 saat!

Selain terlibat dengan pasukan Ducati MotoGP, SEAT juga menjadi penaja untuk Kejuaraan Superbike Dunia dan Leon CUPRA digunakan sebagai kereta keselamatan (safety car).

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Andrea Dovizioso, Ducati, Ducati MotoGP, Jorge Lorenzo, SEAT Leon CUPRA

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my