• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Aston Martin Vantage 2024 Baharu Sambung Tugas Kereta Keselamatan Rasmi F1

Aston Martin Vantage 2024 Baharu Sambung Tugas Kereta Keselamatan Rasmi F1

April 16, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

Vantage GT3 terbaharu diperkenal pada 14 Februari lalu sejak dikeluarkan pada 2018. Nampak sama, tetapi berbeza dari depan, sisi dan belakang selain enjin lebih berkuasa berikutan perubahan dalaman dan unit turbo lebih besar.

Pengenalan pada Februari lalu itu dibuat serentak dengan model lumba Vantage GT3. Tidak menunggu lama, Vantage meneruskan tugas sebagai Kereta Keselamatan Rasmi Formula Satu (F1) yang dipegang sejak 2021.

Vantage dengan kelengkapan khas memulakan tugas pada pusingan F1 Arab Saudi dengan trenkuasa 4.0L V8 turbo kembar yang memiliki 30 peratus kuasa berbanding model sebelum ini.

Enjin itu menghasilkan output kuasa 662hp dan tork 800Nm tanpa ada perubahan untuk tugasan dalam F1, termasuk sistem penyejukan dan pembrekan.

Bagaimanapun, beberapa perubahan dibuat untuk serangan maksimum di litar seperti ciri aerodinamik bawah lantai dan spliter depan baharu lebih panjang.

Bahagian belakang menyerlah dengan spoiler tinggi untuk tambahan daya mendap. Lampu bumbung juga mempunyai bentuk aerodinamik bagi memimpin sekumpulan jentera F1 di depan.

Pada bahagian dalam, kerusi asal diganti Pole Position Seats untuk digunakan pemandu, Bernd Mayländer dan penumpangnya sambil mengelilingi litar.

Konsol tengah buatan khas dipasang suis yang berfungsi dengan sistem FIA dan terpampang skrin masa pusingan secara langsung, kedudukan semua kereta dan kamera pandang belakang.

Bahagian dalaman juga kekal dengan trim Lime Essence sebagai perakuan kepada warna perlumbaan Aston Martin.

Sebagai makluman, Aston Martin Vantage F1 Edition terdahulu dibawa masuk ke pasaran tempatan pada Mac 2023 dan ditawarkan pada harga bermula RM978,000, tidak termasuk cukai, duti dan ciri tambahan.

aston-martin-vantage-f1-safety-car-2024-2
aston-martin-vantage-f1-safety-car-2024-1
aston-martin-vantage-f1-safety-car-2024-2
aston-martin-vantage-f1-safety-car-2024-3
aston-martin-vantage-f1-safety-car-2024-13
aston-martin-vantage-f1-safety-car-2024-12
aston-martin-vantage-f1-safety-car-2024-11
aston-martin-vantage-f1-safety-car-2024-10
aston-martin-vantage-f1-safety-car-2024-9
aston-martin-vantage-f1-safety-car-2024-8
aston-martin-vantage-f1-safety-car-2024-7
aston-martin-vantage-f1-safety-car-2024-6
aston-martin-vantage-f1-safety-car-2024-5

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Aston Martin, Aston Martin Vantage, Aston Martin Vantage GT3, F1, Formula Satu (F1), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev