• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha TMAX 560 2024 Perkenal Dua Warna Baharu di Jepun, Rim Biru!

Yamaha TMAX 560 2024 Perkenal Dua Warna Baharu di Jepun, Rim Biru!

April 14, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


YAMAHA TMAX Tech Max 2024 dilancar di pasaran tempatan dalam warna baharu Dark Magma dan Tech Black pada Februari lalu.

Selang beberapa minggu atau pada 29 Februari, Yamaha Motor Sales Co Ltd memperkenalkan pula TMAX 560 Tech Max ABS dan TMAX 560 ABS untuk pasaran Jepun.

YAMAHA TMAX 560 TECH MAX ABS (Matte Dark Reddish Gray)
YAMAHA TMAX 560 ABS (Matte Black))

Dua warna baharu diperkenalkan dengan Yamaha TMAX 560 Tech Max ABS menerima Matte Dark Reddish Gray dengan manik (flake) merah berkilauan di bawah cahaya natural yang juga warna baharu untuk siri MAX.

Dari gambar diberikan, warna itu mirip Dark Magma yang dilancar di pasaran tempatan, manakala warna sedia ada, Matte Dark Gray kekal ditawarkan.

Satu lagi warna ialah Matte Black (hitam kusam) untuk Yamaha TMAX 560 ABS yang tampil menarik dengan rim biru menyerlah dan jahitan biru pada pelana yang menaikkan seri skuter maksi ini.

Berbanding model 2021, TMAX 2024 mempunyai posisi tunggangan sedikit condong ke depan dengan panel lantai lebih lebar pada bahagian depan dan belakang. Pelana depan dan belakang dipanjangkan, manakala keselesaan penunggang dipertingkat dengan penyandar belakang boleh laras 3-tetapan tanpa memerlukan perkakasan khas.

Kedua-dua Yamaha TMAX itu memiliki spesifikasi:

  • Enjin 4-lejang dwi-silinder sebaris 561cc DOHC berkuasa 45hp @ 7,500rpm dan tork 56Nm @ 5,250rpm.
  • Kapasiti tangki petrol 15 liter.
  • Tayar 120/70R15M/C 56H di depan dan 160/60R15M/C 67H (belakang).
  • Sistem dwi-brek cakera 267mm di depan dan cakera tunggal 282mm (belakang).
  • Dimensi motosikal tiada beza dengan panjang 2,195mm, lebar 780mm dan tinggi 1,415mm.
  • Tinggi pelana 800mm dan jarak tinggi bumi 135mm.

Apa membezakan dua model itu, berat TMAX 560 ABS ialah 2kg lebih ringan (198kg) daripada Tech Max dengan berat 200kg.

Senarai Spesifikasi Yamaha TMAX 560:

Ciri UtamaTMAX 560 Tech Max ABSTMAX 560 ABS
Skrin depanPelarasan elektrik (110 mm)Dua tahap larasan (perbezaan tinggi 55 mm)
Pemulas Terotel dengan pemanasStandardDijual berasingan
Pelana dengan pemanasStandard-
Kunci pintarStandardStandard
Port USBStandardStandard
Sistem kawalan jelajahStandard-
D-MODE (sistem anjakan mod tunggangan)StandardStandard
Butang penghidup enjin satu sentuhanStandard-
Suspensi belakangMonoshock prabeban boleh laras  redaman dan lantunan-

Harga kedua-dua model pasti berbeza dengan TMAX 560 Tech Max ABS ditawarkan pada harga 1,600,500 yen (RM50,490) dan 1,408,000 yen (RM44,415) untuk TMAX 560 ABS. Yamaha TMAX 560 2024 ditawarkan secara rasmi di Jepun pada 29 Mac lalu.

Yamaha TMAX 560 Tech Max ABS
Yamaha TMAX 560 TECH MAX ABS Matte Dark Reddish Gray 2024 04
Yamaha TMAX 560 TECH MAX ABS Matte Dark Reddish Gray 2024 03
Yamaha TMAX 560 TECH MAX ABS Matte Dark Reddish Gray 2024 02
YAMAHA TMAX 560 TECH MAX ABS (Matte Dark Reddish Gray)
YAMAHA TMAX 560 TECH MAX ABS (Matte Dark Reddish Gray)
Yamaha TMAX 560 TECH MAX ABS Matte Dark Gray Metallic 2024 04
Yamaha TMAX 560 TECH MAX ABS Matte Dark Gray Metallic 2024 03
Yamaha TMAX 560 TECH MAX ABS Matte Dark Gray Metallic 2024 02
Yamaha TMAX 560 TECH MAX ABS Matte Dark Gray Metallic 2024 01
Yamaha TMAX 560 ABS
Yamaha TMAX 560 ABS Matte Black 2024 04
Yamaha TMAX 560 ABS Matte Black 2024 03
Yamaha TMAX 560 ABS Matte Black 2024 02
YAMAHA TMAX 560 ABS (Matte Black))
YAMAHA TMAX 560 ABS (Matte Black))

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: roda2, skuter maksi, Yamaha, Yamaha TMAX, Yamaha TMAX 560, Yamaha TMAX 560 TECH MAX ABS, Yamaha TMAX560

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev