• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Hyundai IONIQ 5 2024 Facelift Diperkenal di Korea dengan Bateri Lebih Kuasa, Jarak Pandu Lebih Jauh

Hyundai IONIQ 5 2024 Facelift Diperkenal di Korea dengan Bateri Lebih Kuasa, Jarak Pandu Lebih Jauh

April 1, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


RUPANYA sudah tiga tahun selepas kenderaan elektrik (EV) Hyundai IONIQ 5 dilancar pada 2021 dan turut dibawa masuk ke Malaysia untuk dinikmati pelanggan tempatan.

Tempoh tersebut bermakna sudah tiba masa untuk model rupa baharu atau versi dipertingkat  (facelift) dan Hyundai melancarkan IONIQ 5 2024 di Korea Selatan pada 4 Mac lalu.

Perubahan dibuat melibatkan penggunaan bateri 84.0kWj generasi keempat dan pelbagai ciri lain bagi meningkatkan daya saing dan tarikan. Antaranya:

Luaran

  • Kapasiti bateri dipertingkat daripada 77.4kWj kepada 84.0kWj dan jarak pemanduan IONIQ 2WD dengan cas penuh bertambah kepada 485km daripada 458km.
  • Penambahan tenaga 10 hingga 80 peratus menggunakan pengecasan ultra pantas 350kW hanya memerlukan 18 minit.
  • Rekabentuk bahagian depan nampak sama, tetapi berbeza bahagian bawah bampar yang menampakkan imej lebih lebar.
  • Bahagian belakang lebih ketara dengan bampar baharu tanpa garisan horizontal pada kedua-dua sisi seperti sebelum ini.

  • Ada wiper cermin belakang.
  • Ciri rintangan angin turut diberi perhatian melalui rim aerodinamik corak geometrik dan spoiler 50mm lebih panjang. Dari sisi boleh dilihat kepak yang lebih panjang.
  • Bentuk cermin sisi digital lebih bulat dan kecil supaya lebih kemas apabila dilipat.
  • Warna badan meriah dalam 10 warna pilihan seperti Abyss Black Pearl, Cyber ​​Gray Metallic, Ecotronic Gray Pearl, Ecotronic Gray Matt, Atlas White, Atlas White Matt dan beberapa lagi.

Dalaman

  • Stereng bentuk klasik ditukar kepada tiga rongga dan ada lampu interaktif piksel yang memaparkan maklumat seperti status pengecasan bateri dan sebagainya.
  • Bentangan butang kawalan unit infotainment dan penyaman udara ditambah baik mengikut penggunaan pelanggan.
  • Dilengkapi sistem infotainment kokpit navigasi kereta terhubung (connected car navigation cockpit, ccNC ) dan fungsi kemas kini atas talian (OTA) yang dikembangkan daripada sistem navigasi kepada kawalan elektronik utama kenderaan.
  • Universal Island, iaitu konsol tengah boleh alih dan unik mempunyai butang fizikal untuk kawalan pemanas dan pengudaraan kerusi depan, pemanas stereng dan beberapa lagi.
  • Kedudukan pad pengecasan telefon wayarles juga diubah dan lebih mesra pengguna. Pelanggan ditawarkan enam warna dalaman seperti Heritage Brown, Black One Tone dan Dark Pebble Gray.

Ciri

  • Dilengkapi Sistem Lampu Besar Pintar (IFS), Cermin Tengah Digital (DCM) dan pelbagai lagi.
  • Aspek keselamatan dilengkapi stereng dengan Pengesanan Tangan (HOD), Bantuan Kekal Lorong 2 (LKA2), Elak Kemalangan Parkir Depan, Sisi, dan Belakang, serta Amaran Jarak Parkir Depan, Sisi, dan Belakang.
  • Satu lagi pakej menarik ialah casis diperkuat pada bahagian bawah badan dan perumah roda belakang untuk pemanduan tangkas dan stabil selain mengurangkan mengurangkan kebisingan (booming noise).
  • Kawalan bunyi motor turut dioptimum dan tahap kesenyapan dipertingkat dengan menambah material peredam bunyi pada bahagian motor belakang.
  • Hyundai memperkukuat pilar-B, pintu depan dan belakang untuk mengurangkan impak kemalangan sisi.
  • Ada lapan beg udara, termasuk bahagian sisi di tempat duduk baris kedua.
  • Absorber jenis sensitif pergerakan (frequency sensitive) yang berfungsi bebas mengikut tayar, bergantung kepada kelajuan  dan kondisi permukaan jalan bagi mengurangkan gegaran.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Hatchback EV, Hatchback Prestasi, hyundai, Hyundai Ioniq 5, Hyundai IONIQ 5 2024, IONIQ 5, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my