• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Dedah Honda CR-V Hybrid di Pameran Auto Shanghai 2017

Honda Dedah Honda CR-V Hybrid di Pameran Auto Shanghai 2017

April 27, 2017 By Abang Hirata 2 Comments

FacebookTwitter


HONDA CR-V belum lagi dilancarkan di Malaysia, tetapi berita-berita hangat luar negara sudah pun menular, satu kesedaran penjenamaan yang menaikkan lagi nama Honda.

Pertama sekali, Honda CR-V khabarnya akan dipasarkan dengan enjin 1.5L VTEC Turbo di Amerika Syarikat, kemudian dikejutkan pula dengan penggunaan enjin 1.6L DTEC Turbo di Thailand. Paling terkini, buat pertama kali di China, Honda mempamerkan CR-V Hybrid di Pameran Auto Antarabangsa Shanghai (SIAS) 2017 yang bermula 21 April lalu.

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) popular itu dilengkapi teknologi Honda Sport Hybrid i-MMD dengan dua motor hibrid, dan turut dilengkapi teknologi canggih Honda SENSING untuk mengelak kemalangan dan ciri bantuan pemanduan. Pelancaran Honda CR-V Hybrid dilihat sebagai strategi dan langkah tepat memandangkan Beijing kini berhasrat menjadikan alam sekitar di negara itu lebih bersih, nyaman dan selamat.

Bagaimanapun, setakat ini cuma foto di bawah diperoleh daripada ruang maya.

(C) https://www.honda.com.cn
Presiden Honda Motor (China) Investment Co Ltd, Yasuhide Mizuno berkata, keperluan Honda di China adalah mencapai tiga sasaran terbaik dunia, iaitu menjadikan tahap emisi lebih bersih, menambah baik penggunaan bahan api dan transformasi produk kami kepada teknologi elektrik. Justeru Honda mahu mencapai sasaran itu lebih cepat dan lebih tinggi berbanding pihak lain dengan teknologi sendiri.

"Kami memutuskan memperkenalkan model elektrik khas untuk pasaran China pada 2018. Pengenalan CR-V Hybrid adalah sebahagian perancangan program elektrik kami," kata Yasuhide lagi.

Honda CR-V Hybrid bakal dijual di China pada penggal kedua tahun ini oleh Dongfeng Honda Automobile Co Ltd. Buat peminat Honda tempatan, syarikat itu khabarnya bakal melancarkan dua lagi model baharu tahun ini dan salah satunya berteknologi hibrid.

honda-cr-v-hybrid-1
honda-cr-v-hybrid-2

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Honda, Honda CR-V Hybrid, Pameran Auto Antarabangsa Shanghai (SIAS) 2017

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • TPAD Desak MOT Segerakan Tindakan Terhadap 21 Tuntutan Industri e-Hailing
    TPAD Desak MOT Segerakan Tindakan Terhadap 21 Tuntutan Industri e-Hailing
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev