EON Berhad (EON) yang merupakan subsidiari milik penuh DRB-HICOM rasmi melancarkan acara EON & Sahabat Autofest 2024 selama tiga hari di bangunan EON Glenmarie, Shah Alam, Selangor.
Acara sempena ulang tahun ke-40 EON itu ibarat hab pameran automotif dengan peragaan dan jualan pelbagai jenama kenderaan baharu dan terpakai serta perkhidmatan berkaitan.
EON & SAHABAT AUTOFEST 2024
- Tarikh: 1-3 Mac 2024 (Jumaat hingga Ahad)
- Masa: 10 pagi-6 petang
- Lokasi: Ibu Pejabat EON Glenmarie (Shah Alam)
APA ADA DI EON & SAHABAT AUTOFEST
- Barisan kenderaan baharu jenama Proton, Volkswagen, Mitsubishi, Audi, Honda, Isuzu dan smart (lot parkir di hadapan bangunan EON).
- Pameran motosikal dan skuter Modenas dan Kawasaki (di lot parkir hadapan bangunan EON)
- Sesi pandu uji pelbagai kenderaan termasuk motosikal Kawasaki, Modenas
- Stok kenderaan terpakai pelbagai jenama (di sebelah kiri bangunan EON)
- Galeri makanan dan trak makanan (sebelah kanan bangunan EON)
- Ruang reruai sejarah dan perjalanan EON sejak ditubuhkan hingga kini.
- Ruang reruai beberapa institusi perbankan.
- Ruang reruai pelbagai anak syarikat DRB seperti Puspakom, AVIS Car Rental, Pos Malaysia, Petromin Express dan Universiti DRB-HICOM.
- Bazar raya dengan jualan pakaian batik, tanjak, bunga hidup, gubahan bunga, wangian, kraftangan dan pelbagai lagi.
- Panggung wayang untuk kanak-kanak dalam auditorium (dalam bangunan).
- Kaunter EON Capital dengan promosi beli, buat pinjaman dan bawa kereta sepantas sehari!
- Peluang menangi hadiah utama Proton S70 dan pelbagai hadiah lain bernilai RM100,000.
PERJALANAN EON
Acara EON & Sahabat Autofest 2024 dirasmikan Pengerusi EON, Tan Sri Syed Faisal Albar di auditorium EON. Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) EON, Akkbar Danial, pengurusan EON dan DRB-HICOM serta beberapa tetamu lain, termasuk rakan media.
Akkbar menceritakan perjalanan EON selama 40 tahun dengan berkata;
EON menjual kereta kepada rakyat Malaysia sejak empat dekad lalu. Selama bertahun-tahun, kami sudah berkembang daripada menjadi pengedar eksklusif untuk Proton kepada apa yang anda lihat pada hari ini.
EON kini pengedar kereta pelbagai jenama terbesar di Malaysia, semuanya di bawah satu bumbung. EON & Sahabat Autofest 2024 adalah cara kami mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan dan penyokong kami.”
Leave a Reply