• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #TahukahAnda: Mana Satu Posisi Tangan Pegang Roda Stereng Adalah Lebih Selamat

#TahukahAnda: Mana Satu Posisi Tangan Pegang Roda Stereng Adalah Lebih Selamat

February 29, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter

KURIKULUM pendidikan memandu Malaysia didakwa mengesyorkan pemandu kenderaan untuk memegang roda stereng mengikut posisi 10-2 (kedudukan angka pada jam). Bagaimanapun, ada segelintir kaki kereta pula menyarankan posisi 9-3.

Jadi, mana satu yang patut kita ikut? Mengapa ada percanggahan pandangan? Mari kita teliti kedua-dua posisi memegang stereng kenderaan.

GRIP 10-2

Bukan hanya Malaysia tetapi kebanyakan kurikulum memandu di negara lain juga mengesyorkan grip stereng posisi 10-2. Malah posisi ini sudah menjadi kegemaran pemandu sejak sekian lama kerana kedudukan tangan membolehkan pemandu mengawal kenderaan dengan lebih lancar dan baik sekiranya muncul bahaya di hadapan mereka.

GRIP 9-3

Laman web bmw-quillautomobiles menyatakan pemandu profesional sukakan grip posisi 9-3. Ini berkait pemandu sebegini mempunyai masa terbatas untuk memusingkan stereng dengan pantas dan tepat di kawasan selekoh semasa pemanduan berkelajuan tinggi.

TEKNOLOGI KESELAMATAN UBAH POSISI GRIP STERENG

Selepas menjalankan kajian tentang kecederaan beg udara, Pentadbiran Keselamatan Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA) di Amerika Syarikat mendapati disebabkan perubahan rekabentuk beg udara, posisi grip tangan 9-3 disarankan kepada pemandu.

Ini kerana meskipun tangan di posisi lebih tinggi iaitu 10-2 memberikan grip roda stereng lebih baik, ia juga mendedahkan lengan pemandu di kedudukan beg udara jika ia mengembang.

Semasa beg udara mengembang, ada risiko tangan (posisi 10-2) boleh melantun terus terkena ke muka dan mengakibatkan kecederaan kepala serta hidung.

Ada beberapa pengkaji lain mencadangkan posisi grip lebih rendah iaitu 8-4 untuk mengurangkan lagi risiko kecederaan. Tetapi buat masa sekarang, pemandu disaran gunakan posisi grip 9-3.

SUMBER: Bmw-QuillAutomobiles

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Autotainment Tagged With: autotainmen, autoterkini, cara pegang stereng, tips memandu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev