• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota HiLux 2024 dengan Teknologi V-Active 48V untuk Pasaran Australia, Harga Mula RM167k

Toyota HiLux 2024 dengan Teknologi V-Active 48V untuk Pasaran Australia, Harga Mula RM167k

April 16, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


DI PASARAN besar seperti China dan Amerika Syarikat (AS), sudah ada trak pikap yang dijana nadi elektrik. Jika trak pikap elektrik canggih, Toyota menampilkan teknologi 48V atau hibrid ringan (MHEV) untuk trak pikap terkenal, HiLux.

Di Australia, HiLux dengan teknologi dipanggil V-Active Technology dijadikan ciri standard untuk varian SR5 dan Rogue 4x4 double cab transmisi automatik. Pembeli SR 4x4 double cab automatik pula ditawarkan secara pilihan.

Semua Hilux dengan Teknologi V-Active turut dilengkapi sistem pilihan off-road Multi-Terrain Select (MTS) yang ada enam mod pilihan untuk meningkatkan cengkaman.

Mod tersebut merangkumi pelbagai kondisi pemanduan sama ada Dirt, Sand, Mud, Deep Snow, Rock atau Auto. Teknologi 48V pada HiLux merangkumi motor generator, bateri 48V dan penukar DC/DC.

Teknologi itu menawarkan beberapa penambahbaikan berbanding enjin 2.8L diesel turbo seperti pemanduan, prestasi, dan kecekapan bahan api, termasuk aspek bunyi, gegaran dan kekasaran (NVH).

Ciri penting dalam meningkatkan kecekapan ialah sistem mula-henti dengan komponen direka bagi penghidupan semula enjin dibuat pantas, senyap dan gegaran yang minimum.

Toyota memaklumkan, Teknologi V-Active menawarkan penjimatan bahan api hingga 10 peratus berbanding enjin 2.8L diesel turbo.

Ada dua jenis tetapan mula-henti, iaitu Normal dan Long yang mematikan enjin lebih lama berbanding kebiasaan. Menghidupkan semula enjin di permukaan curam juga lancar dengan sistem mengekalkan tekanan brek hingga daya pacuan mencukupi untuk pecutan seterusnya.

Teknologi V-Active turut membantu meningkatkan prestasi dengan tenaga disimpan dalam bateri sebagai kuasa tambahan apabila memecut dan membantu mengurangkan beban ke atas enjin apabila kuasa diperlukan.

Ketika nyah pecut, tenaga dipulihkan atau dikembalikan motor generator dan dihantar semula kepada bateri yang turut berfungsi bersama pembrekan enjin untuk nyah pecut yang rasa biasa.

Lagi faedah Teknologi V-Active ialah kelajuan lahu lebih rendah, daripada 720rpm kepada 600rpm yang membantu menghidupkan semula enjin dengan lancar dan senyap dalam kesesakan jalan raya.

Selari karakter HiLux yang digunakan secara lasak dan melintasi kawasan berair, motor generator dipasang pada posisi tinggi dalam ruang enjin.

Penegang tali sawat dua lengan dan sisi tali sawat kekuatan tinggi membentuk keutuhan dengan ketahanan gelinciran dipertingkat dalam kondisi basah.

Selain teknologi baharu, HiLux tampil dengan rupa depan lebih garang dan menonjol. HiLux SR5 (foto atas) istimewa dengan lampu besar LED kemasan gelap, hendal pintu dan cermin sisi hitam kilat, bampar belakang hitam dan bar sport salutan serbuk.

Semua varian trak pikap dilengkapi pintu kargo dengan bantuan angkut (lift assist). HiLux SR double cab dengan kotak gear automatik dilengkapi sensor parkir depan dan belakang. Selepas pelancaran di Australia, bilakah agaknya giliran pasaran Asean atau tempatan?

Menarik diperhatikan, Hilux menguasai segmen trak pikap dalam negara pada 2023 dengan jualan lebih 27,000 unit dan selesa di depan.

Harga Toyota HiLux 2.8L TD 6AT 4x4 dengan Teknologi V-Active

  • SR double cab chassis: A$54,130 (RM167,630)
  • SR double cab pick-up: A$56,210 (RM174,130)
  • SR5 double cab chassis: A$60,580 (RM187,670)
  • SR5 double cab pick-up: A$63,260 (RM195,970)
  • Rogue double cab pick-up: A$71,530 (RM221,610)
2024 Toyota HiLux SR5
2024 Toyota HiLux SR5
2024 Toyota HiLux SR5
2024 Toyota HiLux SR5
2024 Toyota HiLux SR5
2024 Toyota HiLux SR5
2024 Toyota HiLux SR5
2024 Toyota HiLux SR5
2024 Toyota HiLux
2024 Toyota HiLux
2024 Toyota HiLux SR5
2024 Toyota HiLux SR5
2024 Toyota HiLux SR
2024 Toyota HiLux SR
2024 Toyota HiLux
2024 Toyota HiLux

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Roda4, Toyota, Toyota Hilux, Toyota HiLux V-Active Technology, V-Active Technology

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev