• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Masalah Brek Punca Myvi 'Terbang' di Papar?

Masalah Brek Punca Myvi 'Terbang' di Papar?

February 27, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


VIDEO tular memaparkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi hilang kawalan, terbabas sebelum 'terbang' di Sabah dikatakan berpunca akibat masalah brek.

Insiden itu berlaku kira-kira jam 10 pagi Sabtu lalu di  KM37, Jalan Kimanis–Keningau. Ketika kejadian, kereta itu dipandu remaja berumur 17 tahun dengan membawa penumpang wanita berumur 24 tahun.

Portal Sabah Media melaporkan Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, kereta tersebut dari Keningau menuju ke Kota Kinabalu sebelum kemalangan berlaku.

Beliau berkata;

Apabila sampai di tempat kejadian, semasa menuruni bukit, tiba-tiba brek keretanya tidak berfungsi sehingga menyebabkan kereta tersebut hilang kawalan lalu terlanggar tebing bukit dan terbalik.

“Bagaimanapun, kedua-dua pemandu dan penumpang itu hanya mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Papar.”

Kamaruddin menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya berhati-hati semasa melalui jalan berbukit terutama di Jalan Kimanis-Keningau.

Beliau turut mengingatkan;

Orang ramai dinasihatkan supaya memeriksa keadaan brek kenderaan dan selenggara kenderaan sekiranya mahu melalui kawasan tersebut. İni disebabkan bentuk muka bumi yang curam dan sememangnya lokasi yang kerap berlakunya kemalangan jalan raya."

Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu hingga menyebabkan kemalangan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Kamaruddin Ambo Sakka, Papar, Perodua Myvi terbang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my