• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MForce Lancar Skuter QJMotor LTR 150 2024 Minggu Ini, Harga RM8.8k?

MForce Lancar Skuter QJMotor LTR 150 2024 Minggu Ini, Harga RM8.8k?

February 22, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


MUNCUL beberapa foto acah memaparkan skuter jenama QJMotor yang dijangka dibawa masuk ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

Skuter gaya retro edaran MForce Bike Holding Sdn Bhd itu ialah QJMotor LTR 150 2024 dengan anggaran harga serendah RM8,888. Kami difahamkan LTR 150 akan didatangkan dalam empat warna pilihan dan stok skuter itu sudahpun mula diedarkan minggu ini.

Malah ada beberapa kedai motosikal sudah berkongsi iklan promosi QJMotor LTR 150 2024 dengan bayaran ansuran bulanan tidak lebih RM250.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sendayan Motor (@sendayanmotor1988)

Bagaimanapun, belum ada perincian rasmi mengenai spesifikasi skuter berkenaan. Jika di pasaran negara luar, ini butirannya:

  • Enjin 4-lejang silinder tunggal 149.3cc SOHC penyejukan udara dengan sistem suntikan bahan api (FI) berkuasa 13hp @ 8,500rpm dan tork 13.4Nm @ 5,000rpm.
  • Sistem transmisi automatik dengan tali sawat.
  • Panel meter digital LCD.
  • Lampu utama dan belakang LED.
  • Sistem brek cakera tunggal untuk kedua-dua roda.
  • Sistem suspensi fork teleskopik di depan, dan dwi-absorber di belakang.
  • Rim aloi 12 inci dengan tayar 100/90 (depan), dan 110/90 (belakang).
  • Dimensi panjang 1,900mm, lebar 710mm, dan tinggi 1,100mm, manakala jarak roda 1,308mm dan jarak tinggi bumi 125mm.
  • Tinggi pelana 760mm, kapasiti tangki minyak 6 liter dan berat kasar 115kg.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, mforce bike holding, MForce Bike Holding Sdn Bhd, MForce Bike Sdn Bhd, QJMotor LTR 150, roda2, skuter, Skuter Retro

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev