• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pameran IAM-MIME Dibuka 8-9 Jun Ini, Termasuk Anugerah Kereta Terbaik (COTY) Malaysia!

Pameran IAM-MIME Dibuka 8-9 Jun Ini, Termasuk Anugerah Kereta Terbaik (COTY) Malaysia!

February 20, 2024 By Fikri Leave a Comment

42
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SIRI pameran automotif dan gaya hidup, International Automodified (IAM) dan Malaysia International Motor Expo (MIME) 2024 dijadualkan berlangsung pada 8-9 Jun nanti di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di KLCC.

Acara ini turut meraikan ulang tahun ke-20 Anugerah Kereta Terbaik Malaysia (COTY) sebagai penghormatan kepada kenderaan baharu terbaik tahun ini.

IAM di Malaysia ialah pusingan pembukaan bagi acara permotoran tersebut yang merancang melakukan enam perhentian antarabangsa tahun ini.

Bermula dari Kuala Lumpur, IAM seterusnya bergerak ke Surabaya, Indonesia pada 20-21 Julai sebelum membuat debut di California, Amerika Syarikat pada 24 Ogos.

Acara ini akan bersambung di Singapura pada 28-29 September dan Jakarta, Indonesia pada 30 November hingga 1 Disember dengan penutup di Bangkok, Thailand pada 7-8 Disember.

IAM dikenali sebagai peneraju pameran talaan dan gaya hidup kereta terbesar di Asean yang menarik ribuan peminat automotif dengan hampir 100 anugerah individu diberikan kepada kenderaan terbaik dalam setiap kategori.

Sementara itu, MIME 2024 juga menampilkan pengeluar asal (OEM) dan produk serta inovasi terkini dalam industri automotif.


Pameran ini menyediakan platform buat pemilik kereta dan pembeli untuk membuat pembelian dengan pelbagai pilihan ditawarkan, termasuk kenderaan elektrik (EV), serta model-model unik.

Bagi ulang tahun ke-20 COTY 2024, satu lagi ciri baru diperkenalkan adalah mengiktiraf pencapaian EV, dan anugerah Pilihan Ramai (People’s Choice), yang ditentukan melalui undian atas talian.

Anugerah tahunan ialah platform bagi peminat automotif dan pakar untuk mengiktiraf serta meraikan kereta baharu terbaik Malaysia antara 1 Ogos 2023 dan 31 Julai 2024.

Dengan gabungan tiga acara itu, IAM, MIME, dan COTY 2024 menjanjikan pengalaman automotif menarik kepada pengunjung untuk menyaksikan inovasi, penghargaan dan pameran.

Related

42
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: 20th Anniversary Car of The Year (COTY), Auto Terkini, International Automodified (IAM), Malaysia International Motor Expo (MIME)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev