SEBUAH kereta sport jenis Maserati MC20 Cielo terputus dua selepas hilang kawalan dan merempuh pokok dalam satu kemalangan ngeri di Woodlands, Texas di Amerika Syarikat.
Berdasarkan laporan, kereta itu dipandu pada kelajuan tinggi sebelum terbabas di Interstate 45 menghala ke Houston, jam 5.45 petang pada 13 Februari lalu. Pemandu kereta berumur 42 tahun itu meninggal dunia.
Tiada penjelasan diberi bagaimana pemandu MC20 itu hilang kawalan tetapi menurut Montgomery County Police Reporter, laporan polis berpendapat kenderaan itu dipandu melebihi 161kmj.
Pengguna jalan raya lain dan pegawai peronda berjaya mengeluarkan pemandu itu dari kenderaan dan memberi bantuan pernafasan CPR. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi.
Mayat mangsa dibawa ke Pusat Forensik Daerah Montgomery untuk urusan bedah siasat. Pihak berkuasa masih menyiasat kes tersebut.
Maserati MC20 Cielo menggunakan enjin V6 3.0 liter turbo berkembar yang mampu menghasilkan kuasa 621hp dan tork 730Nm serta mencapai kelajuan 96kmj dalam tempoh 3 saat. Sistem pacuan jenis roda belakang.
SUMBER: CarScoops
Leave a Reply