• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 110 Pemandu Kenderaan Kena Saman Sebab Potong 'Q' di Tapah

110 Pemandu Kenderaan Kena Saman Sebab Potong 'Q' di Tapah

February 15, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


POLIS Tapah mengeluarkan sebanyak 110 saman terhadap pengguna jalan raya yang dikesan memotong barisan (potong Q) sepanjang Op Selamat 21 Tahun Baru Cina 2024, bermula 8 hingga 13 Februari lalu.

Tindakan penguatkuasaan dilakukan Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah di sepanjang Jalan Pekan Tapah terutama di lampu isyarat Sekolah Kebangsaan Satu Tapah.

Sasaran penguatkuasaan tertumpu kepada pemandu kenderaan yang datang dari arah belakang dan mencelah masuk ketika kenderaan berada dalam deretan barisan menunggu giliran untuk bergerak.

Pemandu sebegini didapati melakukan kesalahan, mementingkan diri dan tidak menghiraukan aspek keselamatan pengguna jalan raya lain dengan memotong barisan.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KBSPT) IPD Tapah, Asisten Superintendan Md. Zamri Md. Tajudin berkata, pihaknya akan meneruskan operasi di semua kawasan yang dikesan berkait isu kesalahan potong Q.

Beliau berkata:

Perbuatan potong Q ini bukan sahaja boleh mencetuskan kemalangan jalan raya malahan secara tidak langsung menjejaskan aliran trafik.

Kesalahan ini boleh dikenakan tindakan saman di bawah Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 166/59 (Kaedah 6(1)A) dengan denda maksimum RM300."

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, Md. Zamri Md. Tajudin, Op Selamat 21 Tahun Baru Cina 2024, Polis Tapah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev