• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Saga Diekori Peronda JPJ Terbabas, 2 Maut dengan 3 Lagi Cedera

Saga Diekori Peronda JPJ Terbabas, 2 Maut dengan 3 Lagi Cedera

February 15, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


DUA individu terbunuh manakala tiga penumpang lain cedera selepas kenderaan yang mereka naiki dilaporkan hilang kawalan dan terbabas Jalan Jeti SFI, Sipitang di Sabah petang semalam.

Berdasarkan laporan, Proton Saga yang terlibat dalam nahas itu dipandu laju selepas menyedari mereka 'dikejar' kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Insiden jam 5.08 petang itu menyebabkan pemandunya, Mohd. Khairul Abdullah, 19 dan penumpang Norsiah @ Bibi Faizal, 14, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Tiga penumpang lain (hadapan dan belakang) berumur lapan, 16 dan 17 tahun mengalami kecederaan dengan dua parah, seorang cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Sipitang, Deputi Superintendan Mail Sundongi berkata, polis menerima panggilan daripada anggota JPJ Sipitang memaklumkan tentang kes kemalangan sebuah kereta jenis Proton Saga dinaiki lima individu.

Beliau berkata:

Hasil siasatan awal, kereta dinaiki mangsa dari sebuah pasar raya dan menghala pulang ke Kampung Sibubu, Jalan SFI.

"Ketika kereta dinaiki kelima-lima individu terbabit dalam perjalanan pulang, sebuah kenderaan milik JPJ Sipitang yang sedang tugas rondaan mengekori kereta mereka dan memasang 'beacon light'.

"Apabila pemandu Proton Saga melihat kenderaan JPJ, dia terus memecut laju dan sebaik tiba di jalan selekoh menuruni bukit kereta itu hilang kawalan hingga menyebabkan terbabas ke bahu jalan sebelah kiri dan melanggar pokok tumbang dibahu jalan."

Anggota bomba membantu mengeluarkan dua mangsa yang tersepit di dalam Saga itu. Ambulans membawa mangsa-mangsa cedera ke Hospital Sipitang untuk rawatan.

Mail menjelaskan:

Kebiasannya JPJ memasang 'beacon light' supaya kenderaan berkenaan berhenti. Bagaimanapun siasatan masih dijalankan. Mayat kedua mangsa dihantar ke Hospital Sipitang untuk proses bedah siasat."

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Terdahulu, tular beberapa rakaman video memaparkan seorang mangsa terselamat mendakwa kereta yang mereka naiki 'dikejar' kenderaan JPJ.

SUMBER: BeritaHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Jabatan Pengangkutan Jalan, Mail Sundongi, Proton Saga

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev