• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jatuh Tergelincir Pijak Gris, Kru Kabin dari Malaysia Saman Singapore Airlines RM5.9j

Jatuh Tergelincir Pijak Gris, Kru Kabin dari Malaysia Saman Singapore Airlines RM5.9j

February 14, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


BEKAS kru kabin Singapore Airlines (SIA) menuntut ganti rugi lebih S$1.7 juta (RM5.9 juta) daripada syarikat penerbangan itu selepas mendakwa tergelincir atas tompokan gris hingga terjatuh ketika berada dalam satu pesawat milik SIA.

Durairaj Santiran, 36, ketika insiden itu sedang bertugas sebagai pramugara atas pesawat A350 dalam penerbangan kira-kira 17 jam dari San Francisco, Amerika Syarikat ke Singapura yang dijadual mendarat di negara jiran itu pada petang, 6 September 2019.

Dia mendakwa bekas majikannya itu cuai kerana membenarkan tempat kerja menjadi kawasan tidak selamat. Menurutnya,  dia melihat ada tompokan gris pada lantai dapur kelas ekonomi ketika penerbangan berkenaan. Kira-kira dua jam setengah jam sebelum mendarat, dia tergelincir atas tampalan gris dan jatuh terlentang hingga kepalanya terhantuk lantai.

Dia turut mendakwa mengalami kecederaan tulang belakang akibat insiden itu yang menyebabkan dia tidak layak untuk terus bekerja sebagai pramugara penerbangan, menurut laporan perubatan.

Tuntutan ganti rugi yang diminta itu adalah termasuk S$1.29 juta (kira-kira RM4.6 juta) untuk kehilangan pendapatan masa depan, S$30,000 (kira-kira RM106,174) untuk kehilangan kapasiti pendapatan dan S$150,000 (kira-kira RM531,070) untuk perbelanjaan perubatan dan pengangkutan masa depan.

Durairaj mendakwa SIA gagal memastikan lantai pesawat bebas sebarang bahan yang mungkin menyebabkan dia tergelincir dan gagal memastikan terdapat sistem pembersihan untuk memastikan lantai selamat.

SUMBER: HarianMetro

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kabin Crew, Singapore Airlines, Tuntutan ganti rugi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my