• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 15,000 Hilang Kerja Sebab Operasi Ekzos Bising di Indonesia

15,000 Hilang Kerja Sebab Operasi Ekzos Bising di Indonesia

February 14, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


PERSATUAN Ekzos Indonesia (AKSI) meminta Kerajaan Indonesia menetapkan peraturan ekzos yang menepati Standard Nasional Indonesia (SNI).

Perkara itu diketengahkan kerana banyak syarikat Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (MSME) bimbang dengan serbuan Polis Indonesia dan semua jenis ekzos bukan dari pengilang asal yang dikategorikan sebagai bising atau kuat (brong).

Pengerusi AKSI, Asep Hendro berkata, pihaknya berharap usaha menstandardkan ekzos dapat direalisasi segera untuk membantu industri ekzos dan MSME terus berkembang.

Jika SNI ekzos dikeluarkan, AKSI menyatakan kesediaan memenuhi (piawaian) dengan had bunyi selamat dan selari peraturan berkaitan supaya rangkaian produk ekzos tempat menjadi lebih berdaya saing."

Mengenai perkara itu, Asep dan beberapa wakil AKSI, serta Persatuan Motosikal Indonesia (IMI) bertemu Menteri Koperasi, termasuk SME untuk mengadakan perbincangan mengetengahkan aduan produk ekzos yang dikaitkan isu bising.

Menurutnya, ramai pengeluar ekzos tempatan atau aftermarket dikategorikan sebagai komponen ekzos bukan standard dan menyebabkan pencemaran bunyi.

Asep berkata;

Hanya ekzos tanpa silenser dipanggil brong sering memekakkan telinga."

Pemandu kenderaan dengan ekzos yang tidak memenuhi standard SNI boleh dikenakan denda maksimum Rp250,000 (RM80) kerana bunyi bising.

Asep menambah, tindakan operasi dan serbuan pihak berkuasa terhadap ekzos bising turut memberi kesan terhadap pengeluar ekzos MSME.

Kita ada 20 jenama (ekzos tempatan) dan 15,000 kakitangan yang sudah dirumahkan (diberhenti kerja)."

Puncanya dikatakan dengan andaian komponen ekzos yang dihasilkan pihak terkesan adalah jenis ekzos bising yang gagal mematuhi piawaian ditetapkan Kerajaan.

Asep juga mendakwa produk ekzos dihasilkan ahli AKSI adalah menepati peraturan Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan (KLHK) mengenai had bunyi bising yang boleh dijadikan rujukan industri dalam pembuatan ekzos.

Beliau mengharapkan semua agensi berkaitan seperti Kementerian Industri, KLHK, Kementerian Pengangkutan dan Polis Indonesia dapat duduk semeja menetapkan syarat untuk ekzos yang memenuhi standard atau membentuk SNI.

SUMBER: GridOto

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Asep Hendro, Persatuan Ekzos Indonesia (AKSI), Persatuan Motosikal Indonesia, Persatuan Motosikal Indonesia (IMI)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
  • Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev