• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / CFMOTO Bangunkan Sportbike 450SR Versi Elektrik?

CFMOTO Bangunkan Sportbike 450SR Versi Elektrik?

February 9, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


BANYAK model motosikal atau skuter elektrik menggunakan casis baharu dan pek bateri pula menjadi struktur utama binaan untuk mengurangkan saiz serta berat keseluruhan.

Lain pula idea CFMOTO. Pengeluar motosikal China itu memilih untuk menggunakan casis motosikal 450SR dan NK. Mereka mahu menurunkan enjin dan menggantikan ruang itu dengan pek trenkuasa elektrik.

Idea seperti itu sudah tentu menjimatkan kos kerana motosikal elektrik itu boleh menggunakan sebahagian besar komponen sama seperti motosikal versi petrol.

Merujuk foto paten motosikal elektrik CFMOTO, nampaknya model itu menggunakan frem mirip 450SR dan 450NK, sub-bingkai, pelana, swingarm dan suspensi sama. Bezanya, ada pek bateri dan motor elektrik diposisikan di bawah (tempat asal enjin petrol).

Motosikal itu menggunakan braket cagak sama tetapi ada tambahan sepasang tiub frem di bahagian bawah untuk meningkatkan perlindungan pek bateri.

Ini membolehkan kedua-dua varian iaitu motosikal elektrik dan petrol dipasang di atas barisan pengeluaran sama di kilang.

Bagaimanapun, idea yang diterokai CFMOTO itu sebenarnya sudah dizahirkan Kawasaki dengan siri motosikal elektrik mereka.

Berhubung soal prestasi, motosikal elektrik itu dijangka menawarkan output mirip kelas 125cc dan mungkin memiliki jarak tunggangan lebih terbatas. Tiada tuil klac tangan dan tangki minyak dipercayai akan dijadikan ruang simpan barang dan soket mengecas bateri.

SUMBER: CycleWorld

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: autoterkini, CFMOTO 450 SR ELEKTRIK, roda2, Sportbike Elektrik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my