• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Acara Gaya Hidup Terbesar Asean, Off The Grid 2024 Debut di MAEPS Hujung Bulan Ini!

Acara Gaya Hidup Terbesar Asean, Off The Grid 2024 Debut di MAEPS Hujung Bulan Ini!

February 7, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


SUBJENAMA dicipta pasukan Art of Speed (AOS),  Off The Grid (OTG) ialah acara gaya hidup automotif terbesar Asean Tenggara yang dianjurkan pada 2022 sebagai acara poket dalam AOS.

OTG diterima baik dan mendapat sambutan positif dengan membina pangkalan peminat besar. Dengan pengalaman AOS dalam komuniti, matlamat OTG adalah menghimpunkan pelbagai komuniti gaya hidup outdoor di Malaysia dalam satu acara besar.

OTG diilhamkan daripada acara gaya hidup outdoor tahunan terbesar Jepun, iaitu FIELDSTYLE.

Dengan peningkatan minat dalam kalangan komuniti gaya hidup outdoor Malaysia, OTG bakal menjadi platform segmen gaya hidup outdoor selain berupaya menarik peminat baharu. Sebagai acara yang bakal bergerak sendiri, OTG mensasarkan kira-kira 30,000 pelawat.

Off The Grid 2024 (OTG 2024) bakal berlangsung di Dewan A, Malaysia Agro Exposition Park (MAEPS), Serdang pada 23 hingga 25 Februari ini bermula jam 10 pagi-10 malam.

Apa Menarik di OTG 2024?

  • Pilihan jenama gaya hidup outdoor terbesar
  • Brew Festa - Oasis pencinta kopi
  • BBQ Showdown - Mimpi ngeri buat vegan
  • Makers Jamboree dan Pasor Dinda Ladies Market
  • Aktiviti menarik dan keseronokan seisi keluarga

Pas hujung minggu OTG 2024 kini boleh dibeli atas talian pada harga RM35. Pembelian tiket hujung minggu adalah sah untuk tiga hari, manakala harga tiket pas harian ialah RM15.

Kanak-kanak bawah umur 12 tahun pula boleh masuk PERCUMA, termasuk pengunjung kekurangan upaya (OKU). Tiket boleh dibeli melalui laman web rasmi https://otg.artofspeedmy.com/ticket/, sementara masih ada.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: AOS Malaysia, Art Of Speed Malaysia, Off The Grid 2024 (Gaya Hidup Outdoor Terbaik)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my