• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda CR-V Facelift - Mampukah Memikat Hati Anda

Honda CR-V Facelift - Mampukah Memikat Hati Anda

January 22, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

P1260735HONDA Malaysia membuka tirai 2015 dengan melancarkan model CR-V versi dipertingkatkan (facelift) dengan menambah satu lagi varian baharu iaitu CR-V 2.0L 2WD.

Menerusi pengenalan varian baharu itu, model CR-V kini hadir dalam tiga varian berbeza yang terdiri daripada CR-V 2.0L 2WD, CR-V 2.0L 4WD dan CR-V 2.4L 4WD.

P1260785Pengarah Urusan dan ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno berkata, pihaknya menambah varian 2.0L 2WD selepas menerima maklum balas pengguna.

" Rentetan itu bagi memenuhi permintaan pelanggan yang tinggi, kami memperkenalkan varian 2.0L 2WD dalam barisan model CR-V baharu.

" Kami menyasarkan penjualan sebanyak 700 unit CR-V sebulan dan dijangkan 50 peratus daripadanya bakal disumbang oleh varian 2.0L 2WD," katanya.

Persoalannya, apakah keistimewaan Honda CR-V facelift ini dan mampukah ia bersaing dengan pesaingnya yang lain. Pandulaju.com akan rungkaikan satu persatu perihal berkaitan Honda CR-V.

HARGA (atas jalan termasuk insurans)

  • Honda CR-V 2.0L 2WD: RM139,800
  • Honda CR-V 2.0L 4WD: RM150,800
  • Honda CR-V 2.4L 4WD: RM169,800

P1260747

P1260776    P1260779

P1260771    P1260778Interior of the New CR-V is completed with silver coating and chrome platingREKABENTUK: Honda CR-V direka berasaskan kepada konsep 'Value Up CR-V' dengan mengekalkan kesemua ciri utama seperti model sebelumnya. Penampilannya tidaklah banyak berubah namun terdapat beberapa penambahbaikan sudah dilakukan pada ketiga-tiga varian.

Hadir dengan rekaan lebih berani dan sporty, CR-V baharu ini diasangkan dengan gril hadapan bersama dua jalur kemasan krom serta bampar hadapan dan belakang baharu.

Untuk tampak lebih garang, CR-V 2.4L dipadankan dengan rim aloi 18 inci manakala varian 2.0L pula hadir bersama rim aloi bersaiz 17 inci.

P1260816P1260819PEMBAHARUAN: Jika dibandingkan model terdahulu, Honda CR-V 2.0L 2WD ini dilengkapi lampu LED nyalaan siang (DRL), kemasukan pintar tanpa kunci, butang penghidup enjin dan tempat duduk pemandu elektrik dengan lapan talaan berbeza.

Bagi memastikan ia mampu menawarkan penggunaan bahan api yang efisien, berat bagi varian 2.0L 2WD adalah 20kg lebih ringan berbanding 2.0L 4WD dan 40kg lebih ringan daripada 2.4L 4WD.

Sudah pasti, ia bakal memberi kesan terhadap penggunaan bahan api. Penggunaan bahan api bagi varian 2.0L 2WD adalah 13km/L , 12.2km/L (2.0L 4WD) dan 11.78km/L (2.4L 4WD)

CIRI KESELAMATAN: CR-V facelift hadir bersama empat beg udara (2.0L 2WD & 2.0L 4WD) ena beg udara (2.4L 4WD), Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA), Bantuan Mula Daki (HSA), kamera undur bersama sensor parking, Agihan brek Elektronik (EBD), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan ISOFIX.

LANE WATCH: Salah satu ciri baharu adalah Lane Watch di mana ia memaparkan gambaran pandangan bahagian kiri melalui skrin audio.

Honda LANEWATCHKamera yang dipasang pada cermin sisi sebelah kiri memberi pandangan belakang lebih jelas pada pemandu dan secara tidak langsung meningkatkan keselamatan terutamanya ketika memasuki simpang atau selekoh. Akan tetapi, fungsi ini hanya terdapat pada varian 2.4L.

P1260782SPESIFIKASI: Honda CR-V 2.0L / CR-V 2.4L

  • Enjin: 2.0L i-VTEC SOHC/ 2.4L i-VTEC DOHC
  • Transmisi: Automatik 5-kelajuam
  • Kuasa Maksimum: 153hp @ 6,500rpm / 188hp @ 7,000rpm
  • Tork Puncak: 190Nm @ 4,300rpm/ 222Nm @ 4,400rpm

P1260810  P1260809  P1260808  P1260807

P1260759  P1260763  P1260773  P1260791

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Honda CR-V 2.0L 2WD, Honda CR-V 2.0L 4 WD, Honda CR-V 2.4L 4WD, Honda CR-V facelift, Honda CR-V serba baharu, Honda Malaysia lancar CR-V facelift, Jualan Honda CR-V, Pandu Uji Honda CR-V

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev