• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Zonsen Cyclone RE5 2024 Lancar di Malaysia Mei ini?

Zonsen Cyclone RE5 2024 Lancar di Malaysia Mei ini?

February 5, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


ZONSEN Cyclone RE5 (juga dipanggil Zongshen atau Zonshen) sudah membuat kemunculan di Malaysia pada majlis makan malam MForce Bike Holdings (MForce) dengan pelancaran skuter WMOTO RT1 dan kapcai SM125i di Pulau Pinang pertengahan bulan lalu.

Roadster retro itu juga pernah ditayangkan pada Pameran Dagangan Motosikal Antarabangsa China (CIMA) 2021, termasuk di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2023.

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2024/02/RE560.mp4

Ada kemungkinan model itu diperkenalkan secara rasmi sempena MForce Motorshow 2024 yang diadakan sekali dengan Malaysia Autoshow 2024 di Serdang, Selangor, Mei ini. Berikut perincian roadster itu:

  • Enjin 4-lejang dwi-silinder sebaris 550cc DOHC 8-injap penyejukan cecair dengan suntikan bahan api (FI), menawarkan output kuasa 58.3hp @ 8,500rpm, dan tork 55Nm @ 6,500rpm.
  • Tiada maklumat dikongsi mengenai kotak gear, tetapi dipercayai klac manual 6-kelajuan.
  • Kelajuan maksimum 182kmj.
  • Sistem lampu LED penuh dan panel meter digital berwarna.
  • Sistem brek cakera kembar 320mm dengan kaliper J Juan 4-piston (depan), cakera brek tunggal 260mm dengan kaliper dwi-piston (belakang) dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Bosch 9.1.
  • Fork terbalik (USD) 48mm di depan, dan monoshock (belakang), kedua-dua suspensi jenis boleh laras.
  • Rim aloi 17 inci dengan saiz tayar 120/70 (depan), dan 160/60 (belakang).
  • Dimensi panjang 2,025mm, lebar 800mm, dan tinggi 1,165mm, manakala jarak roda 1,460mm.
  • Tinggi pelana 800mm dan jarak tinggi bumi 155mm.
  • Berat keseluruhan 204kg dan kapasiti tangki minyak 20 liter.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: MForce Bike Holdings (MForce), roadster, roda2, Zongshen Cyclone, Zonsen Cyclone RE5 (2024)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my