DUA lelaki warga asing ditahan dan disaman polis kerana memandu kenderaan tanpa lesen memandu sah di Mersing, Johor.
Berdasarkan perkongsian Facebook Polis Mersing, kedua-dua suspek ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR) Op Tutup di KM1 Jalan Jemaluang di Mersing dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing.
Selain saman, dua kenderaan dipandu suspek turut disita di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Leave a Reply