• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Anggota Polis Patah Rusuk, Bahu Dilanggar Sengaja

Anggota Polis Patah Rusuk, Bahu Dilanggar Sengaja

February 5, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG anggota polis patah tulang rusuk dan bahu akibat dilanggar sebuah kereta dengan sengaja ketika melakukan rondaan cegah jenayah bermotosikal di Jalan Tanjung Rambutan-Chemor, Perak semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima laporan insiden berkenaan kira-kira jam 7.30 malam melibatkan anggota polis berusia 34 tahun itu.

Hasil siasatan awal mendapati mangsa bersama seorang lagi pegawai rendah polis membuat rondaan cegah jenayah bermotosikal di Jalan Tanjung Rambutan-Chemor dan menghampiri sebuah kereta jenis Proton Iriz berwarna biru dalam keadaan mencurigakan.''

Pemandu tersebut bertindak mengundurkan kereta yang dinaikinya dan terus melanggar motosikal hingga menyebabkan mangsa terjatuh.

Beliau berkata, selepas melanggar mangsa, suspek memandu ke depan dan mengundur sekali lagi hingga melanggar mangsa buat kali kedua.

Suspek kemudian memecut kereta meninggalkan tempat kejadian dan menghala ke arah Tanah Hitam.''

Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan dan tidak dapat bergerak. Pemeriksaan awal pihak hospital mendapati mangsa patah tulang rusuk dan tulang bahu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Asisten Superintendan Norazlina Rais Ahmad di talian 013-628 2176 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

SUMBER: HarianMetro | FB PerakPress

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Ipoh, Jalan Tanjung Rambutan-Chemor, Polis dilanggar kereta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my