• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota Panggil Balik 50k Unit Kereta Lama Sebab Ancaman Beg Udara di AS

Toyota Panggil Balik 50k Unit Kereta Lama Sebab Ancaman Beg Udara di AS

February 2, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SEBANYAK 50,000 unit model Toyota lama di Amerika Syarikat (AS) kini ibarat bom jangka kerana menunggu masa untuk meletup dan boleh meragut nyawa pemandu. Ancaman ini disebabkan beg udara Takata.

Toyota turut mengeluarkan nasihat 'jangan pandu' dan menggesa pemilik terlibat untuk segera menyertai kempen panggil balik dengan menghantar kenderaan masing-masing ke pusat servis bertauliah untuk dibaiki.

TIGA MODEL TERLIBAT

  • Model terlibat membabitkan Corolla 2003 hingga 2004, Corolla Matrix (2003-2004) dan RAV 4 (2004-2005) yang menggunakan inflator (pengembang) beg udara Takata.
  • Toyota menjelaskan model RAV 4 melibatkan beg udara pemandu, manakala panggil balik model lain hanya membabitkan beg udara di kerusi penumpang depan.
  • Ada beberapa model Corolla dan Corolla Matrix terlibat dalam kempen panggil balik kedua kerana beg udara kenderaan itu berisiko mengembang walaupun tidak terlibat pelanggaran.

AMARAN JANGAN PANDU

  • Lazimnya, pengeluar kenderaan akan mengeluarkan notis amaran jangan pandu (do not drive) untuk kenderaan lama yang menggunakan beg udara Takata selepas berlaku kemalangan maut.
  • Toyota enggan mengulas mengenai notis amaran do not drive, sama ada sudah berlaku kes kecederaan parah atau kematian melibatkan salah satu kenderaan terjejas.

LEBIH 30 ORANG MAUT

  • Setakat ini, lebih 30 kematian dilaporkan termasuk 26 mangsa di AS dan beratus-ratus pemandu dan penumpang cedera sejak 2009 akibat isu beg udara Takata.
  • Statistik kematian itu membabitkan semua jenama pengeluar yang menggunakan beg udara tersebut.
  • Inflator beg udara Takata yang meletup akan meledakkan serpihan logam tajam bertaburan dalam kabin kereta dan trak.
  • Sejak 10 tahun lalu, lebih 67 juta unit kenderaan dengan beg udara Takata dipanggil balik di AS, melibatkan lebih 20 pengeluar.
  • Di peringkat global, lebih 100 juta kenderaan dipanggil balik disebabkan isu sama.

SUMBER: The Guardian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Beg udara takata, Panggilan Balik, Toyota

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my