• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ Tahan Warga Asing Tiada Lesen GDL Bawa Treler di Lebuhraya Guthrie

JPJ Tahan Warga Asing Tiada Lesen GDL Bawa Treler di Lebuhraya Guthrie

February 2, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG pemandu warga asing (PEWA) ditahan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana melakukan kesalahan membawa kenderaan barangan di Lebuhraya Guthrie semalam.

JPJ Negeri Selangor menerusi satu perkongsian di Facebook menjelaskan pemandu tersebut dikesan melakukan kesalahan dengan tidak memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL) dan lesen vokasional GDL.

Individu warga India berumur 38 tahun itu ditahan semasa Ops Harian Stesen Penguatkuasa Elmina yang membabitkan empat anggota untuk mengesan kenderaan dengan lebihan muatan.

Treler itu ditahan di KM12.8 Lebuhraya Guthrie dan didapati membawa berat dengan muatan (BDM) melebihi had 37,000kg iaitu 38,040kg (lebih 1,040kg atau 2.82 peratus).

Kenderaan yang dalam perjalanan dari Rawang ke Teluk Gong di Klang, Selangor itu kemudian disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dibawa ke Stesen Penguatkuasa JPJ Elmina Selatan.

Muatan yang dibawa itu berupa barangan kitar semula membabitkan botol minuman plastik yang sudah dimampatkan.

Sumber JPJ menyatakan, pemandu itu mendakwa cuma memandu treler tersebut di sekitar Teluk Gong, tetapi terpaksa membuat perjalan ke Rawang pada hari kejadian atas arahan majikan.

Pemandu itu tidak diserahkan kepada pihak Imigresen kerana memiliki dokumen sah.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Jabatan Pengangkutan Jalan, Lesen Memandu Kompeten (CDL), lesen vokasional GDL, pemandu warga asing (PEWA), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my