• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Budak Perempuan Lima Tahun Maut Tertinggal dalam Axia di Parkir Hospital

Budak Perempuan Lima Tahun Maut Tertinggal dalam Axia di Parkir Hospital

February 1, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG kanak-kanak perempuan berusia lima tahun meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri selepas tertinggal dalam kereta kira-kira empat jam di kawasan parkir di Hospital Shah Alam (HSA), kelmarin (Selasa).

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki yang juga pegawai perubatan hospital berhubung kejadian itu pada jam 8.01 malam.

Hasil siasatan mendapati mangsa ditinggalkan ibunya berusia 34 tahun secara tidak sengaja dalam kereta jenis Perodua Axia selepas mengambil mangsa dari taska yang berdekatan tempat kejadian jam 2 petang.

Ketika ditinggalkan mangsa dalam keadaan tertidur dan enjin kereta dimatikan.

"Selepas dihubungi suami, barulah ibu mangsa yang juga pekerja hospital berkenaan menyedari insiden tersebut kira-kira jam 6 petang."

Mohd Iqbal berkata, mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Shah HSA dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.

Keputusan bedah siasat yang dijalankan jam 2 petang semalam ialah 'pending laboratory investigations'. Pemeriksaan ke atas mangsa juga mendapati tiada sebarang kecederaan luaran atau dalaman. Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika mengambil anak mereka pulang dari sekolah atau taska, terutama masih kecil supaya kejadian seperti ini tidak berulang lagi."

* Gambar sekadar hiasan

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kanak-Kanak meninggal, Shah Alam

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev