SEORANG kanak-kanak perempuan berumur 5 tahun maut apabila motosikal ditunggang ibunya bersama dua lagi pembonceng terbabas ke dalam parit selepas dilanggar sebuah kereta jenis Proton Persona di Jalan Alor Pongsu, Kampung Matang Jelutong, Bagan Serai, Perak, malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan jam 9.41 malam.
Kejadian membabitkan Proton Persona dipandu seorang lelaki yang melanggar belakang motosikal ditunggang seorang wanita berusia 32 tahun berserta tiga pembonceng, menyebabkan motosikal itu terbabas memasuki parit."
Tiga mangsa dibawa ambulans ke Hospital Parit Buntar, manakala penunggang wanita, yang juga ibu kepada mangsa maut dibawa Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke hospital sama.
Kanak-kanak perempuan itu dikenali sebagai Puteri Kasih Maisarah disahkan meninggal dunia di hospital, manakala anak lelaki penunggang, kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun dan anak saudaranya, remaja lelaki berusia 14 tahun cedera.
Leave a Reply