• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PLUS Malaysia Lancar MyPLUS-TTA, Aplikasi Bantu Pengguna Rancang Perjalanan Musim Perayaan

PLUS Malaysia Lancar MyPLUS-TTA, Aplikasi Bantu Pengguna Rancang Perjalanan Musim Perayaan

January 30, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


MENTERI Kerja Raya, Datuk  Seri Alexander Nanta Linggi hari ini melancarkan aplikasi MyPLUS-TTA berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan purata perjalanan pada musim perayaan sebelum ini.

MyPLUS-TTA dapat membantu mengoptimum pengagihan trafik bagi mengurangkan risiko kesesakan dan meningkatkan keselesaan perjalanan pengguna.

Beliau berkata, MyPLUS-TTA menunjukkan kepentingan integrasi teknologi dalam pengurusan lebuh raya.

Inisiatif berkenaan bukan hanya memanfaatkan pengguna lebuh raya, tetapi juga menyumbang kepada kelestarian infrastruktur lebuh raya negara dengan menyuraikan trafik pada musim perayaan, meningkatkan keselesaan dan keselamatan pengguna serta mengurangkan risiko kesesakan.

Selain itu,aplikasi ini juga memberi nafas baru kepada pendekatan rakyat dalam merancang perjalanan di musim perayaan dan dapat membantu mengurangkan kemungkinan berlaku kesesakan di lokasi lebuh raya tertentu menerusi strategi pengagihan trafik.

Ini membuktikan usaha dan komitmen berterusan PLUS dalam menambah baik mutu perkhidmatan lebuh raya di bawah kendalian agensi itu, termasuk menyokong aspirasi pendigitalan kerajaan.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, MyPLUS-TTA adalah salah satu inisiatif bawah rangka strategi jangka panjang PLUS ke arah lebuh raya pintar (smart highway) untuk mempercekapkan operasi dan perkhidmatan Lebuhraya PLUS.

Ini termasuk memberi lebih kemudahan dan keselesaan kepada pengguna. MyPLUS-TTA mampu memudahkan pengguna merancang jadual perjalanan ketika musim perayaan.

"Menerusi MyPLUS-TTA juga memudahkan PLUS mengagihkan trafik secara strategik berdasarkan analisis data musim perayaan lalu dan merealisasikan komitmen kami untuk terus berusaha memberikan keselesaan pengguna."

Pada ketika ini, MyPLUS-TTA boleh diakses menerusi Aplikasi PLUS yang boleh dimuat turun percuma menerusi Google PlayStore (penggguna Android) dan AppStore (pengguna iPhone).

myplus-tta-app-1
myplus-tta-app-3
myplus-tta-app-4
myplus-tta-app-2
Plus Berhad MyPlus
MyPLUS TTA-1
myplus-tta-app-5
myplus-tta-app-6

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Dato' Seri Alexander Nanta Linggi, MyPLUS TTA apps, PLUS Malaysia Berhad (PLUS Malaysia)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev