• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Yamaha DRIVE H2, Kereta Golf Guna Hidrogen!

Yamaha DRIVE H2, Kereta Golf Guna Hidrogen!

February 26, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


BUKAN saja Toyota, nampaknya Yamaha juga membangunkan teknologi hidrogen. Subsidiari Yamaha Motor Corporation, Yamaha Golf-Car Company (YGC), yang menjual kereta golf di Amerika Syarikat kini membangunkan DRIVE H2.

Kereta golf konsep itu dilengkapi enjin hidrogen dan dipamerkan di pameran PGA Show di Florida, Amerika Syarikat (AS).

DRIVE H2 dibina berasaskan DRIVE2 CONCIERGE4, iaitu kereta golf empat-kerusi yang dijual di AS dan pasaran antarabangsa.

DRIVE2 CONCIERGE4 ditawarkan dalam dua pilihan trenkuasa, iaitu QUIETECH EFI dengan enjin silinder tunggal 357cc, manakala satu lagi ialah model elektrik POWERTECH AC dengan motor 48V berkuasa 5.0kW (6.7 hp).

Dari segi prestasi, kedua-dua varian boleh dipandu hingga kelajuan maksimum 31kmj, tetapi model bateri lebih berat, iaitu 564kg berbanding petrol (458kg).

Kenapa Yamaha membangunkan teknologi hidrogen sedangkan DRIVE2 CONCIERGE4 sudah mempunyai trenkuasa elektrik?

Satu perbezaan ketara, masa mengisi hidrogen adalah sepantas petrol tanpa perlu menunggu seperti mengecas elektrik. Apa yang pasti, sama seperti syarikat lain, Yamaha juga menuju ke arah misi neutral karbon.

Teknologi gabungan hidrogen dan enjin pembakaran dalaman (ICE) bukan seperti kenderaan elektrik (EV) sel bahan api hidrogen (FCEV) yang sebahagian kenderaan elektrik (EV).

Kereta golf DRIVE H2 berada dalam kategori FCEV (ICE + hidrogen) dan tidak mengeluarkan karbon dioksida (CO2) ketika pembakaran dalam kebuk enjin berlaku.

Faktor tersebut menjadi sebab Yamaha melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi tersebut yang berpotensi menggabungkan pengetahuan konvensional dan nyah karbon.

Yamaha DRIVE H2 dilengkapi dua tangki hidrogen tekanan tinggi yang setiap satu berkapasiti 25 liter. Dari foto boleh dilihat satu tangki dipasang di belakang dan satu lagi tersorok bawah kerusi pemandu.

Tidak banyak dikongsi Yamaha, tetapi menarik untuk mengetahui prestasi enjin dan jarak pemanduan DRIVE H2. Sebagai makluman, Yamaha sebelum ini sudahpun membangunkan model konsep dengan enjin hidrogen seperti generator dan kenderaan rekreasi ROV (Recreational Off-Highway Vehicles).

Yamaha DRIVE H2 2024.01
Yamaha DRIVE H2 2024.02
Yamaha DRIVE H2 2024.03
Yamaha DRIVE H2 2024.04

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Buggy, DRIVE H2, Roda4, Yamaha, Yamaha DRIVE H2, Yamaha DRIVE H2 2024, Yamaha Golf-Car Company (YGC), Yamaha Motor Corporation

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • JAECOO E5 2025 Lancar di UK dengan Jarak Pandu 399km, Bakal Masuk Malaysia?
    JAECOO E5 2025 Lancar di UK dengan Jarak Pandu 399km, Bakal Masuk Malaysia?
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev