• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Kenapa Model Nissan e-POWER Laku di Eropah? Lebih 100k Unit Terjual

#TahukahAnda: Kenapa Model Nissan e-POWER Laku di Eropah? Lebih 100k Unit Terjual

July 20, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

148
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBAGAIMANA Nissan LEAF mencatat sejarah sebagai kereta elektrik bateri (BEV) pertama dijual besar-besaran, begitu juga teknologi e-POWER Nissan yang mencorak industri elektrifikasi.

Bagi Nissan, BEV memerlukan sejumlah pusat pengecasan dan industri sendiri memperakui sebagai punca pengguna kurang menggemarinya.

Jadi e-POWER menjadi pilihan baik kerana trenkuasa bateri tidak perlu dicas menggunakan soket elektrik. Kenderaan dengan e-POWER dibekalkan enjin pembakaran dalaman (ICE) yang berfungsi sebagai generator, dan bukan penggerak roda.

Ironinya, teknologi ekstender jarak (range extender) ini disebar luas Nissan yang mencetus penerimaan BEV secara besar-besaran.

Malah penulis tidak dengar Nissan pernah merungut mengenai kekurangan infrastruktur pengecasan, sebaliknya terus menyediakan e-POWER sebagai pilihan kepada EV.

Usaha Nissan wajar diberi penghargaaan. Bayangkan Nissan LEAF generasi pertama dijual di pasaran tempatan dan lain-lain tempat ketika pusat pengecasan boleh dibilang dengan jari!

LARIS DI EROPAH

Pada peringkat awal, e-POWER hanya ditawarkan kepada pengguna di Jepun dan kini sudah boleh didapati di negara jiran. Di Eropah, sejak diperkenal pada September 2022, lebih 100,000 pelanggan sudah menerima kenderaan bernadikan e-POWER.

Dua model, Nissan Qashqai terjual 65,367 unit (18,591, Britian), manakala baki 34,663 unit (2,435, Britain) diwakili Nissan X-Trail.

BAGAIMANAKAH e-POWER BEKERJA?

Seperti dinyatakan, roda kenderaan dipacu motor elektrik yang bermakna pemanduan kenderaan e-POWER adalah sama lancar dan senyap seperti BEV.

Maklum balas menunjukkan pelanggan menyukai kesenyapan dan kesenangan ciri pemanduan trenkuasa e-POWER. Tugas enjin petrol pula menjana tenaga elektrik dengan mengecas bateri dan menguasakan motor elektrik yang menggerakkan roda.

Walaupun emisi karbon dioksida tetap berlaku, tetapi berkurangan dengan ketara. Apabila bateri memiliki kuasa cukup dan tidak banyak tenaga diperlukan, kereta digerakkan hanya menggunakan bateri.

Apabila lebih banyak kuasa diperlukan, barulah enjin beroperasi dengan menjana elektrik untuk dibekalkan kepada motor dan mengecas bateri.

Apabila kuasa  maksimum diperlukan, motor akan mengambil tenaga elektrik daripada kedua-dua enjin dan bateri. Penjanaan tenaga turut memanfaatkan sistem regeneratif dan dihantar semula kepada bateri.

Satu lagi ciri canggih e-POWER adalah penjanaan tenaga elektrik dikawal mengikut kondisi jalan. Apabila bunyi jalan meningkat disebabkan permukaan dan halaju kereta, enjin akan mengecas pek bateri e-POWER.

Tetapan itu mengurangkan keperluan enjin beroperasi ketika kereta bergerak dalam keadaan senyap. Jadi tidak dapat tidak, enjin ICE tetap mengeluarkan bunyi. Ini penyelesaian bijak daripada Nissan.

Bagi meraikan kejayaan e-POWER di Eropah, Nissan menghasilkan grafik yang menunjukkan cara e-POWER berfungsi pada Qashqai dan X-Trail.

Rekaan digital itu menjadikan dua model sebagai kanvas dan menggunakan pancaran anamorfik bagi memperinci operasi e-POWER.

Daripada dua model itu, Qashqai ialah model asing buat pengguna tempatan. Ketiga-tiga generasi Qashqai direka di pusat rekabentuk Nissan Design Europe di London, manakala kerja kejuruteraan diterajui Pusat Teknikal Nissan Eropah di Bedford, UK.

Qashqai dikeluarkan di Sunderland, dan X-Trail di Kyushu, Jepun. Model terbaru X-Trail masih belum dipasarkan di Asean, termasuk pasaran tempatan.

Nissan Qashqai e-POWER

  • Kuasa: 187hp
  • Tork motor elektrik: 330Nm
  • Kelajuan maksimum: 170kmj
  • Pecutan 0-100kmj: 7.9 saat

Nissan X-Trail e-POWER

Nissan X-Trail e-POWER Jepun.09
Nissan X-Trail e-POWER Jepun.11
  • Kuasa: 201hp (2WD); 210hp (e-4ORCE 4WD)
  • Tork motor elektrik: 330Nm (2WD); 525Nm (e-4ORCE 4WD)
  • Kelajuan maksimum: 170kmj (2WD); 180kmj (e-4ORCE 4WD)
  • Pecutan 0-100kmj: 8 saat (2WD); 7 saat (e-4ORCE 4WD)
Nissan Qashqai dan X-Trail e-POWER Eropah
Nissan e-POWER 2024 Eropah.07
Nissan e-POWER 2024 Eropah.08
Nissan e-POWER 2024 Eropah.10
Nissan e-POWER 2024 Eropah.09
Nissan e-POWER 2024 Eropah.13
Nissan e-POWER 2024 Eropah.12
Nissan e-POWER 2024 Eropah.11
Nissan e-POWER 2024 Eropah.06
Nissan e-POWER 2024 Eropah.05
Nissan e-POWER 2024 Eropah.04
Nissan e-POWER 2024 Eropah.03
Nissan e-POWER 2024 Eropah.02
Nissan e-POWER Euro.01
Nissan e-POWER 2024 Eropah.01
Nissan X-Trail e-POWER Euro.01
Nissan X-Trail e-POWER Euro.02
Nissan X-Trail e-POWER Euro.03
Nissan X-Trail e-POWER Euro.04
Nissan Qashqai e-POWER Euro.01
Nissan Qashqai e-POWER Euro.03
Nissan Qashqai e-POWER Euro.04
Nissan Qashqai e-POWER Euro.05
Nissan Qashqai e-POWER Euro.02
Nissan Qashqai e-POWER Euro.06
Nissan X-Trail e-POWER Jepun
Nissan X-Trail e-POWER Jepun.01
Nissan X-Trail e-POWER Jepun.02
Nissan X-Trail e-POWER Jepun.05
Nissan X-Trail e-POWER Jepun.03
Nissan X-Trail e-POWER Jepun.04
Nissan X-Trail e-POWER Jepun.06

Related

148
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, autotainment, e-POWER, Nissan, Nissan Global, Nissan Qashqai e-POWER, Nissan X-Trail e-POWER, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev