• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sempat Balas Mesej Ibu Sebelum Maut Nahas

Sempat Balas Mesej Ibu Sebelum Maut Nahas

January 29, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


SALAH seorang daripada tiga mangsa yang terkorban dalam kemalangan di KM48.8 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, Johor sempat menghantar mesej WhatsApp kepada ibunya, Norzihan Mohamad, 50, beberapa minit sebelum nahas berlaku.

Mangsa, Amirul Asyraf Zulkifli, 29, yang berkerja sebagai pengawal keselamatan di taman tema air di Desaru, Bandar Penawar menghantar mesej tersebut kepada ibunya kira-kira jam 6.30 pagi.

Mulanya saya mesej dia bertanya jika kerja atau tidak esok kerana mahu meminta tolong dia melihat kereta ayahnya.

“Dia sempat membalas tidak kerja dan boleh bantu. Saya kemudian menghantar mesej lagi tetapi tidak berbalas. Tak sangka pula tidak lama kemudian saya dimaklumkan menantu yang anak maut dalam kemalangan.”

Kemalangan jam 7.25 pagi itu mengorbankan Amirul dan rakannya, Muhammad Amirul Faiz Azmi, 22, yang menaiki Perodua Myvi ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Desaru.

Turut meninggal dunia ialah pemandu Proton Gen 2, Noor Azman Abdul Rahman, 46, yang juga guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Tawar.

Ketua Balai Polis Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, ketika kejadian kereta dinaiki mangsa dari Kota Tinggi menghala ke Bandar Penawar sebelum berlaku kemalangan.

Ketiga-tiga mangsa mengalami cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

”Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi. Punca kemalangan masih dalam siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.”

IMG_7355
IMG_7357
IMG_7356
IMG_7359
IMG_7358
IMG_7360
IMG_7361
IMG_7362

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kemalangan jalan raya, kemalangan maut, Kilometer 48.8 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev