• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / CelcomDigi Tawarkan Motosikal EV Melalui Pelan Langganan Pascabayar

CelcomDigi Tawarkan Motosikal EV Melalui Pelan Langganan Pascabayar

January 23, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter

TELCO terkemuka, CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) dan Yinson GreenTech hari ini mengumumkan kerjasama untuk menawarkan peluang pemilikan motosikal elektrik (EV) kepada rakyat Malaysia menerusi langganan pelan pascabayar CelcomDigi. Pelanggan kini boleh memajak untuk memiliki e-motosikal rydeEV hanya dengan mendaftar untuk mana-mana pelan CelcomDigi pascabayar 5G dengan pelan ansuran Easy 360.

Pelanggan hanya perlu mendaftar untuk mana-mana pelan CelcomDigi Pascabayar 5G dan melanggan pelan ansuran Easy360 untuk memiliki satu daripada dua e-motosikal rydeEV, pada RM299 sebulan (model Ryder) atau RM430 sebulan (model Hyper), untuk 36 bulan. Pelan ansuran Easy360 dengan bayaran pendahuluan RM0 (untuk pelanggan yang layak), faedah 0% dan rebat pelan pascabayar RM10 selama 36 bulan iaitu pelanggan juga menikmati faedah tambahan berkaitan EV sepanjang tempoh kontrak.

Pelanggan awal akan menerima topi keledar edisi terhad percuma apabila mereka mendaftar untuk pelan ini, sementara stok masih ada. Topi keledar akan diterima semasa pengambilan atau penghantaran e-motosikal.Malah, pelanggan juga dapat menikmati manfaat tambahan yang berkaitan EV sepanjang tempoh kontrak, termasuk:

  • Pertukaran bateri tanpa had di stesen-stesen bateri yang terpilih (kini tersedia di Lembah Klang)
  • Cukai jalan dan perlindungan insurans
  • Penyelenggaraan motosikal (kecuali tayar)

Kerjasama dengan Yinson GreenTech ini selaras dengan aspirasi CelcomDigi untuk memacu inovasi dalam bidang mobiliti bersambung dan menyumbang kepada matlamat pelepasan karbon sifar bersih 2050 negara.

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran dan lokasi pendaftaran, layari https://cd.link/rydeEV-offer dan https://rydeev-ygt.com/ untuk produk dan penyelesaian rydeEV.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, CelcomDigi, RydeEV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my