• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Warga Emas Maut Keluar Simpang Dilanggar Treler

Warga Emas Maut Keluar Simpang Dilanggar Treler

January 23, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG lelaki warga emas maut apabila motosikal ditunggang dirempuh sebuah treler dalam kemalangan di Jalan Baru Kulim-Baling,Kedah.

Mangsa ialah Hassim Ahmad, 68, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, dalam kejadian jam 12.10 tengah malam itu mangsa yang menunggang motosikal jenis Kriss Modenas bersendirian dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kuala Kuang, Baling.

Beliau berkata, setiba di hadapan Simpang Tiga Jerai, mangsa telah keluar dari simpang dari sebelah kiri untuk ke kanan jalan dengan secara mengejut.

Beliau berkata, setiba di depan Simpang Tiga Jerai, mangsa keluar dari simpang dari sebelah kiri untuk ke kanan jalan secara tiba-tiba.

Sebuah lori treler ketika itu sedang bergerak dari Kota Bharu, Kelantan untuk menghantar barang ke Pulau Pinang, dan tidak sempat membrek hingga terlanggar motosikal mangsa.

Akibat pelanggaran itu, motosikal mangsa diseret sejauh 10 meter dan mangsa tercampak ke kiri jalan serta maut di tempat kejadian.

Shamsudin berkata, pemandu dan kelindan lori tidak mengalami kecederaan, manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kemalangan Baling, kemalangan jalan raya, kemalangan maut

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev