• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tujuh Jalan Sekitar Batu Caves Tutup Sempena Thaipusam Mula Malam Ini Hingga Sabtu

Tujuh Jalan Sekitar Batu Caves Tutup Sempena Thaipusam Mula Malam Ini Hingga Sabtu

January 22, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


POLIS akan menutup tujuh jalan sekitar Batu Caves, Selangor bermula jam 10 malam ini hingga Sabtu ini sempena perayaan Thaipusam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, penutupan itu dilakukan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas berikutan anggaran kehadiran dua juta pengunjung ke Kuil Sri Subramaniar Swamy, di Batu Caves sepanjang tempoh perayaan berkenaan.

Beliau berkata, laluan itu melibatkan:

  • Simpang tiga Jalan Bunga Raya menghala Jalan Batu Caves.
  • Lampu isyarat Jalan Stesen (Pintasan Batu Caves).
  • Susur dari arah bulatan Batu Caves (MRR2) menghala Kuil Batu Caves.
  • Susur dari arah Gombak (MRR2) menghala Kuil Batu Caves.
  • Simpang tiga Jalan SBC8 / Jalan Lama Batu Caves.
  • Jalan Perusahaan menghala kuil Batu Caves.
  • Simpang tiga lampu isyarat Sri Batu Caves menghala keluar ke MRR2.


Pengunjung dinasihatkan merancang perjalanan dan menggunakan laluan alternatif menghala ke Batu Caves selain meletakkan kenderaan di tempat dibenarkan.

Orang ramai juga digalakkan menggunakan perkhidmatan awam berikutan tambang percuma Rapid KL dan tren Komuter bermula 24 hingga 25 Januari ini seperti diumumkan Kerajaan.

Hussein berkata, 1,600 pegawai dan anggota ditugaskan bagi memastikan kelancaran sambutan dan keselamatan orang ramai, termasuk menyediakan beberapa pusat kawalan statik bagi memudahkan pengunjung mendapatkan perkhidmatan dan membuat laporan polis.

Polis turut melarang mana-mana pihak menerbangkan dron di kawasan kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves ketika tempoh perayaan berlangsung.

Anggota polis akan berada di tempat dijadualkan dan memantau keadaan dari semasa ke semasa. Sebarang aktiviti yang menghalang lalu lintas atau mengadakan perhimpunan yang melanggar undang-undang akan dikenakan tindakan."

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Ketua Polis Selangor, Polis Selangor, Sambutan Thaipusam, Thaipusam

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev