• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Trafik Tular Bantu Warga Emas Terima Penghargaan

Polis Trafik Tular Bantu Warga Emas Terima Penghargaan

January 22, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG anggota trafik yang tular kerana membantu menumpangkan warga emas wanita dengan motosikalnya ke Masjid Muhammadi di Kota Bharu, Kelantan pada 15 Julai lalu, menerima surat penghargaan daripada Ketua Polis Kelantan.

Konstabel Muhammad Zulhairie Nayan, 28, menerima surat penghargaan berkenaan yang disampaikan Datuk Muhamad Zaki Harun.

Muhammad Zulhairie yang bertugas di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu sejak tiga tahun lalu itu menerima penghargaan itu buat kali pertama. Beliau juga tidak menyangka pertolongan yang dianggap kecil itu menjadi tular hingga mendapat perhatian pihak atasan.

@sinarharianonlineSeorang anggota trafik yang tular kerana sifat mulia membantu menumpangkan warga emas wanita dengan motosikalnya ke Masjid Muhammadi di Kota Bharu pada 15 Julai lalu, menerima surat penghargaan Ketua Polis Kelantan, di sini, pada Isnin #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #VideoViral #Penghargaan #Polis♬ Terhebat - Plentis Kentus

Menurutnya, dia ternampak warga emas berusia lingkungan 80-an itu cuba melintas jalan ketika dia dalam perjalanan pulang ke pejabat selepas selesai tugasan rondaan.

Muhammad Zulhairie juga tidak tahu gambar dia membantu wanita itu tular di media sosial hinggalah diberitahu rakan.

Saya biasa melihat dia di kawasan Buluh Kubur tetapi tidak dapat dipastikan keluarga atau tempat tinggalnya.

"Saya membantu atas dasar ihsan sesama manusia, lebih-lebih lagi sebagai anggota polis yang sememangnya sentiasa bersedia berkhidmat kepada masyarakat dan akan terus menolong orang lain selagi termampu."

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Polis Trafik Tular, Polis Trafik Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • JPJ Buka Bidaan Nombor Plat 'SIS' Sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor
    JPJ Buka Bidaan Nombor Plat 'SIS' Sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev